Showing posts with label calon PM. Show all posts
Showing posts with label calon PM. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

[Video Najib Takut Gelombang Kebangkitan Rakyat] Lebih baik Pas berterus-terang CALON PM pilihan mereka ialah Najib.

Rabu, 20 Disember 2017


Image result for Gambar Hadi sokong najib

Image result for Gambar Hadi sokong najib

Image result for Gambar Hadi kata sokong najib

BERBANDING HADI AWANG, LEBIH BAIK PAS BERTERUS-TERANG CALON PM PILIHAN MEREKA IALAH NAJIB


Walaupun sudah diperjelas dan dinafi berkali-kali bahawa Lim Kit Siang tidak mahu dan tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri, Hadi Awang tetap menyatakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu adalah bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya akan datang.

Seterusnya, beliau mengajak rakyat agar menolak Pakatan Harapan yang didakwanya akan menjadikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri.

Hairan juga dengan sikap Hadi itu kerana beliau sendiri pernah bersama dan berpeluk dengan Lim Kit Siang sebelum ini dan dengan demikian sudah tentu tahu kebenaran siapa bakal Perdana Menteri kiranya pembangkang memenangi pilihanraya.

Kenapa Hadi yang berimej agama, berserban, berjubah, memegang jawatan nombor dua dalam Kesatuan Ulama Dunia dan sebutan nama Tuhan tidak lekang daripada bibirnya, tidak mahu bercakap benar dan jujur mengenai perkara itu?

Biasanya, hanya pemimpin kelas rendah dan berminda lemah seperti Salleh Said Keruak dan Dr. Puad Zarkashi, pencacai UMNO dan pemain media sosial yang diberi dedak serta power bank pasir saja yang suka memainkan isu tersebut. 

Setiap kali pembangkang kuat dan dilihat berpeluang mengalahkan UMNO dan BN, itulah lagu sumbang yang cuba dinyanyi dan diheboh-hebohkan.

Maka, adakah Hadi juga mempunyai mentaliti selemah mereka itu atau beliau juga ada menerima dedak daripada UMNO?

Jika diperhati, Najib Razak sebagai tuan dedak pun antara percaya dengan tidak bahawa Lim Kit Siang dapat menjadi Perdana Menteri. Hanya di depan orang Melayu beliau berani mengatakan Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi di depan orang Cina dikatanya tidak mungkin Kit Siang dapat menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, sementara Pas mengajak orangramai menolak Kit Siang, parti itu juga mengingatkan jangan rasa pelik jika parti itu mampu menguasai Putrajaya dan meletakkan Hadi sebagai Perdana Menteri, meskipun mereka bertanding dan menang jumlah kerusi Parlimen yang sedikit saja.

Dikatakan oleh beberapa pemimpinnya, tiada yang pelik jika itu kehendak Tuhan.

Sekali lagi, kita yang waras jadi bingung dan hairan dengan sifir politik Pas itu. Politik secara umumnya ialah "game of numbers" atau percaturan angka yang menjadikan siapa menang banyak kerusi, dialah pemenangnya.

Susah juga logik akal kita mahu menerima jika Pas yang bertanding serta menang sedikit kerusi boleh mampu menguasai Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Memang betul tiada yang pelik sesuatu itu boleh berlaku jika dikehendaki Tuhan, tetapi kalau bertanding pilihanraya di Malaysia dan bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan di Sri Lanka misalnya, tentulah nampak macam "gila" bunyinya.

Di Perak dahulu pun Pas dapat menjadi Menteri Besar melalui Nizar Jamaluddin hanya kerana ia bersama Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di DUN  di negeri itu.

Begitu juga untuk menubuhkan kerajaan dan menjadi Perdana Menteri, mesti ada logik dan kemunasabahannya. Tidak perlu menjual dan menjaja nama Tuhan untuk menutup "kegilaan" yang ada. 

Untuk menguasai Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri, setidak-tidaknya majoriti mudah adalah syarat utamanya.

Semua orang tahu Pas sudah berbaik dan ada persefahaman terselindung dengan Najib dan UMNO. Kilau ikan di air sudah tahu jantan betinanya, demikian kata peribahasa.

Untuk itu, Pas tidak perlu berdolak-dalik dan beralasan macam-macam. Terus terang saja bahawa pendirian mereka bersendirian sekarang dan menyanyikan lagu kempen seperti UMNO adalah semata-mata untuk memberi kelebihan kepada Najib untuk mengekalkan kuasanya.

Jangan malu-malu. Daripada cuba melogikkan Hadi mampu menjadi Perdana Menteri dan Pas dapat berupaya menguasai Putrajaya, meskipun dengan jumlah kerusi yang sedikit, lebih baik Pas mengaku saja calon Perdana Menteri yang mereka idam-idamkan sebenarnya adalah Najib dan kerajaan yang ingin dikekalkan ialah UMNO dan BN.

Ia bukan saja lebih mudah diterima akal yang waras dan tentu juga tiada yang pelik jika demikian dikatakan kehendak Tuhan yang disesuaikan dengan jumlah kerusi Pas yang hanya sedikit jumlahnya itu. 

Tidak perlu  malu-malu kucing untuk menobat dan mengiktiraf Najib jika sudah dalam hati dan gerak-geri setiap hari demikian yang ditunjukkan oleh Pas sendiri.

Berbanding sokongan sembunyi-sembunyi, UMNO pastinya lebih gembira jika Pas menyatakan sokongan terbuka dan sama-sama menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri pilihan bersama.

Lagi pula berbohong dengan mereka-reka cerita mengenai Kit Siang dan Pas kononnya mampu menguasai Putrajaya serta Hadi adalah bakal Perdana Menteri, walaupun dengan sedikit jumlah kerusi, adalah perbuatan yang berdosa.

Buruk benar kalau orang agama yang berjubah dan berserban tetapi hari-hari membuat dosa dan menipu pengikut bawahannya. (ShahbudinHusin 19/12/2017)

Read More

Thursday, 25 May 2017

[Video Anwar antara calon PM, kata Mahathir] Lepas Proton apa lagi yang nak dijual? Soal Mahathir!

Khamis, 25 Mei 2017

Lepas Proton apa lagi yang nak dijual? soal Mahathir

Keputusan syarikat DRB -Hicom menjual ekuti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China Kumpulan Geely Holding menyebabkan Proton tidak lagi menjadi kereta nasional, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, kereta keluaran Proton yang selama ini menjadi kereta kebanggaan rakyat dan icon negara akan menjadi sebuah kereta asing dengan termeterainya persetujuan Perjanjian Definitif pada Julai 2017 nanti.
"Sudah jual proton kepada orang asing.
"Ia akan menjadi kereta asing dan kita kehilangan satu daripada ikon negara
"Yang sedihnya kereta nasional milik kita tidak lagi jadi kereta nasional kita.
"Apabila kita membeli kereta proton di masa depan kita sebenarnya membeli kereta asing kerana kereta nasional kita sudah dijual.
"Harus kita bertanya apa lagi yang kita nak jual?," ujarnya ketika berucap pada Siri Jelajah Semarak yang diadakan di padang Kelab
Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.
Semalam dalam satu kenyataan Pengarah Urusan DRB-Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, pemeteraian perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan oleh Dr Mahathir pada 1983 ketika beliau menjadi perdana menteri.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, setelah 30 tahun Proton menjadi pengeluar kereta tempatan, sudah banyak mengalami perubahan dalam model-model terkini keluarannya.
"Hakikatnya tidak ada negara membangun dalam dunia mampu mengeluarkan kereta sendiri.
"Dalam jangka masa 30 tahun rakyat yang dulu hanya tahu pandu kereta sudah belajar macam mana membuat kereta sendiri. Mereka belajar dalam jangka masa pendek kerana negara lain ambil masa 50 hingga 100 tahun untuk mengeluarkan sebuah kereta.
"Walaupun ramai yang kritik kerana proton keluarkan kereta kurang bermutu tinggi.Itu cerita lama... tidak ada satu industri yang kekal ke tahap itu sahaja sehingga tidak boleh dimajukan lagi.
"Ialah kita tekan butang tak naik sekarang pergilah dekat butang itu, 10 kali tekan 10 kali naik butang.
"Ia memang ada kelehaman tetapi sudah diatasi tidak perlu ke negara China untuk mendapatkan teknologi untuk membuat kereta seperti Proton.
"Kalau nak beli cubalah Saga, Persona dan Perdana ..tiga buah kereta yang dijual serentak dalam satu tahun.
"Dahulu satu model dikelurkan dalam tempoh tiga tahun tetapi kali ini kita mampu mengeluarkan tiga model dalam satu tahun," ujarnya.
Turut hadir dalam siri jelajah Semarak malam tadi Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Srikandi Rina Mohd Harun juga turut di hadiri dikalangan pemimpin negeri dan bahagian serta lebih kurang 3,000 penykong parti itu.
Avatar


Jual sahaja saki baki manusia yg masih lagi mahu menyokong umno. Manakala parti dan ahlinya yg bekerjasama di belakang tabir atas nama 'politik matang', juga perlu dilelongkan untuk mengujudkan arus baru dalam lanskap politik Malaysia.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena