Showing posts with label cukai GST. Show all posts
Showing posts with label cukai GST. Show all posts

Saturday, 22 July 2017

[Video Mana Ada Harga Barang Turun Selepas Cukai GST] Warga T/Malim ayuh bersama Ayahanda Tun & Poster FITNAH! "Puak2 sinun takdo keje lain ka?" Felda dibadai krisis kewangan!

Ahad, 23 Julai 2017

Foto Kelab Che Det.
Khas untuk warga Tanjung Malim dan kawasan sekitar serta utk semua....ayuh bersama Ayahanda Tun..........!!
Kita kasi gegar...
Foto Kelab Che Det.

Kelab Che Det telah menambah 3 foto baru
33 min
Antara poster FITNAH yang tersebar. Puak sinun takdo keje lain ka?

Dibadai krisis kewangan, Anak desak Felda isytihar kos karnival

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak pihak Felda mengisytiharkan kos keseluruhan program tiga hari yang dianjurkan di Putrajaya bermula semalam.
Presidennya, Mazlan Aliman (gambar kanan) berkata, Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang merupakan rutin tahunan itu bagaimanapun menimbulkan persoalan pada tahun ini memandangkan krisis kewangan yang membadai Felda sekarang.
Mazlan Aliman ANAK"Isunya di kala krisis kewangan melanda Felda, mengapa mesti dibuat smpai tiga hari? Anak mendesak Felda isytihar berapa kos keseluruhan sambutan ini, dan menggunakan peruntukan mana?" tegasnya.
Beliau juga dimaklumkan setiap kawasan Felda diperuntukkan bas untuk membawa peneroka dan anak mereka ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.
"Berapa kos keseluruhan termasuk makan minum mereka?" soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Karnival sempena sambutan Hari Peneroka Kebangsaan itu mengadakan pelbagai aktiviti seperti jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilapor berkata, lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival bertemakan #KamiGenerasiFelda, #KamiSayangFelda dan #FeldaSayangKami itu.
Mengulas lanjut, Mazlan turut difahamkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman 'durian runtuh' kepada peneroka pada hari terakhir karnival tersebut.
"Adakah benar jumlahnya RM5,000 setiap peneroka? Adakah ini semua pesta besar-besaran untuk menarik sokongan pengundi Felda demi memastikan BN kekal di kerusi Felda?" tambahnya lagi.
Dalam hal berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dilapor akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Sementara itu, Malaysia Dateline baru-baru ini melaporkan keluhan keluarga peneroka dijerut hutang akibat perjanjian tanam semula yang dianggap menyebelahi anak syarikat Felda iaitu Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTP).
Peneroka juga mendakwa pinjaman sara hidup dikenakan kadar faedah tinggi mencecah 6.25 peratus selain pada masa sama dibebani potongan Caruman Tabung Tanam Semula, Tabung Pemulihan Ladang dan Jalan Pertanian.
Bagaimanapun, mereka kecewa apabila manfaat hasil kutipan kesemua tabung terbabit tidak disalurkan kembali demi kepentingan peneroka.
Pada masa sama, generasi muda tanah rancangan terbabit mendakwa Felda pada masa ini tiada lagi menyediakan peruntukan bagi program berkaitan meningkatkan sosio-ekonomi peneroka termasuk bantuan persekolahan sekalipun.
Turut menimbulkan rasa tidak puas hati anak muda Felda apabila masalah berkaitan pembinaan Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) berlarutan sejak dilancarkan Perdana Menteri pada 2012.
Read More

Tuesday, 14 March 2017

[Video Najib 'juara' belanja wang minyak negara] Bagi BR1M bersyarat! Cukai GST tanpa syarat pulak? Semua rakyat KENA! Amanah sambut baik penyertaan Bersatu dalam PH.

Selasa, 14 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.
"Tuhan perintah kita kalau jadi pemimpin, hukum dengan adil" - PM Najib Razak, 12/3/2017

YANG INI ADIL KA ??

Bagi BR1M bersyarat..
Bukan semua rakyat dapat..

TAPI cukai GST..
Semua rakyat wajib bayar..
Tanpa syarat..
Amanah sambut baik penyertaan Bersatu dalam PH

Amanah sambut baik penyertaan Bersatu dalam PH

Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik akan kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai Pakatan Harapan.
" Kami yakin dan percaya langkah ini diambil setelah membuat pertimbangan yang tuntas 'Demi Negara'," kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau mengulas mengenai pengumuman Bersatu menerusi kenyataan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa parti itu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
Salahuddin berkata, dengan pengumuman itu pastinya ia akan mengukuhkan lagi pakatan pembangkang.
"Sudah tentu ia akan memperkukuhkan lagi usaha kita bersama untuk 'Menyelamatkan Negara dan Mensejahterakan Rakyat'.
"Kini masanya untuk kita melangkah gagah bersama merealisasikan hasrat danharapan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.
Read More

Saturday, 4 April 2015

Zunar! Biar satu dunia tahu...Adakah cukai GST ini akan mengurangkan hutang negara?

Ahad, 5 April 2015

WOWW !!!.. Belek punya belek baca suratkhabar terjumpa berita M'sia mengenai kartunis Zunar ditahan..

Bangganya berita kartunis Zunar yg didakwa dengan 9 tuduhan hasutan di bawah Akta Hasutan 1948 telah mendapat liputan meluas di luar negara terutamanya di akhbar UAE, The Gulf Today yg bertarikh hari ini..

Biar satu dunia tahu.. Undang2 M'sia mmg 'adil'..
 — with Zunar Kartunis Fan Club.

Spt biasa Admin2 Friends of BN - Barisan Nasionalakan membuat perbandingan berat sebelah terutamanya suka membandingkan & menunjukkan negara jiran S'pore itu lebih teruk..

Adakah admin2 FOBN sedar atau buat2 tak reti, adakah dgn melaksanakan cukai GST ini akan dpt kurangkan hutang negara ???.. Kita boleh lihat contoh negara2 luar yg telah laksanakan cukai GST/ VAT terdahulu hutang negara mereka semakin bertambah saban tahun wpun adanya cukai GST di negara mereka..

SATU LAGI nak pesan dgn Admin2 FOBN, mengapa tak buat perbandingan negara2 pengeluar minyak yg melaksanakan cukai GST..


https://www.facebook.com/frensofbn/photos/a.10150838414749998.412748.129843674997/10152965992644998


Nak masuk tandas pun kena Gst gak...huhuhu
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena