Showing posts with label isteri MO1. Show all posts
Showing posts with label isteri MO1. Show all posts

Tuesday, 27 June 2017

[Video Wahai Rosmah, Kenapa Asyik Saman Saya] 'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'.

Rabu, 28 Jun 2017

Foto Otai BERSIH.
Simbolik btl patung nie...

'Isteri MO1 juga mesti pulangkan berlian'


Susulan tindakan bintang Holloywood Amerika Leonardo DiCaprio dan model Australia, Miranda Kerr memulangkan aset yang dicari seperti dinamakan dalam saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, tumpuan kini adalah kepada isteri ‘Malaysian Official 1'(MO1) untuk melakukan perkara sama.
"Dengan DiCaprio dan Kerr memulangkan hadiah berjuta-juta dolar Amerika dari (ahli perniagaan) Jho Low kepada DOJ, semua kini tertumpu kepada 'isteri MO1'," kata pemimpin parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Dua minggu lalu, DiCaprio memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB dan berusaha memulangkan barangan lain yang tidak dinamakan yang diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan amal.
Sementara itu, hari ini, Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada DOJ. Barangan kemas itu dikatakan dihadiahkan oleh hartawan Malaysia, Jho Low yang membelinya dengan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB .
DOJ memfailkan saman sivil ketiga berkaitan 1MDB dan kini meletakkan jumlah yang didakwa diselewengkan pada nilai AS$4.5 bilion dan sedang berusaha untuk merampas aset AS$1.7 bilion yang dituduh diperolehi dengan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.
Dalam pemfailan terbaru, DOJ juga menyenaraikan 28 barangan kemas lain, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1, termasuk rantai berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membidas DOJ sebagai tidak adil kerana menjadikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - sebagai sasaran dalam saman terbaru.
Menamakan Rosmah sebagai isteri MO1, Abdul Rahman berkata, DOJ memberi bayangan seolah-olah beliau terlibat dan maksud tersirat bahawa beliau telah melakukan kesalahan, sedangkan DOJ tidak merancang untuk merampas barangan kemas itu, termasuk kalung berlian 22 karat tersebut, yang didakwa dibeli untuk isteri MO1.
Sebelum ini, susulan pemfailan saman berkaitan 1MDB yang pertama, Rahman juga mengesahkan bahawa 'MO1' yang disebut dalam dokumen itu adalah Najib.
Lim, dalam kenyataannya pada hari ini, berkata tumpuan kini adalah kepada Rosmah, dan sama ada beliau bersetuju dengan Rahman bahawa dirinya adalah wanita yang disebut sebagai "isteri MO1" dalam saman DOJ.
Jika ya, maka beliau perlu mengesahkan sama ada dirinya menerima hadiah daripada Jho Low yang didakwa dibeli dengan dana yang diselewengkan itu, kata Lim.
Akhir sekali, menurut beliau, jika Rosmah menerima hadiah itu, adakah beliau akan mencontohi DiCaprio dan Kerr (foto, atas, kanan) dengan menyerahkannya semua kepada DOJ?
Walau bagaimanapun, berbeza dengan hadiah DiCaprio dan Kerr yang disenaraikan sebagai barangan yang cuba dirampas oleh DOJ, 28 barangan kemas yang dibeli oleh atau untuk isteri MO1 tidak disenaraikan sebagai barangan yang ingin disita.
Dalam satu kenyataan yang berasingan, peguam Haniff Khatri Abdulla berkata isteri MO1 kini mempunyai kewajipan moral untuk menjawap dakwaan DOJ bahawa beliau menerima 28 barangan kemas itu sebagai hadiah.

Adalah pelik, Haniff berkata, sejak DOJ memfailkan dalan terbarunya 12 hari lalu, tidak ada sebarang jawapan daripada isteri MO1 mengenai tuntutan itu sama sekali.
“Bukankah kini terbukti, penghibur mahupun artis antarabangsa yang bukan Islam, seperti model Miranda Kerr ini, mempunyai nilai moral yang jauh lebih tinggi daripada kita yang menggelar diri sebagai Islam?
“Bukankah isteri MO1 yang digelar segelintir pihak sebagai ‘pemimpin Islam’ itu wajib menzahirkan nilai moral yang selari dengan tuntutan Islam, berkaitan dakwaan DOJ,” soal Haniff.
Read More

Saturday, 17 June 2017

[Video DiCaprio pulang Oscar] Muhyiddin tunggu isteri MO1 pulangkan barang kemas

Sabtu, 17 Jun 2017

Muhyiddin tunggu isteri MO1 pulangkan barang kemas

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru isteri perdana menteri memulangkan barangan kemas bernilai RM128 juta yang dibeli menggunakan wang 1MDB seperti didedahkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terbaru berkaitan dana 1MDB yang diseleweng yang turut menyebut tentang isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman mengesahkan bahawa MO1 yang dinamakan dalam saman pertama DoJ pada tahun lalu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataan terbarunya Khamis lalu, DOJ mendakwa sebahagian daripada wang AS$620 juta yang didakwa oleh Malaysian Official One (MO1) yang kononnya telah dipulangkan kepada "penderma" beliau telah digunakan untuk membeli loket berlian 22 karat dan rantai leher untuk isteri MO1 pada harga kira-kira AS$27.3 juta.
DOJ juga menuduh ahli perniagaan Jho Low membeli 27 rantai leher emas 18 karat lain dan gelang tangan untuk isteri MO1, bernilai sebanyak AS$1.3 juta.
Muhyiddin berkata, dalam keadaan perbelanjaan kerajaan dipotong kerana kekangan kewangan yang meruncing, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk pelbagai program kebajikan rakyat.
Beliau memberi contoh tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang pernah menerima peruntukan sebanyak RM400 juta pada tahun 2009 tetapi pada tahun ini hanya RM100 juta diperuntukkan kepada KWAPM untuk diagihkan kepada lebih 1 juta pelajar miskin di seluruh negara.
"Alangkah baiknya jika Datin Seri Rosmah Mansor dapat memulangkan barangan kemas tersebut kepada kerajaan. Dengan pemulangan itu, kerajaan akan mendapat pertambahan dana sebanyak RM128 juta yang boleh dimasukkan ke dalam tabung KWAPM untuk manfaat pelajar-pelajar miskin di seluruh negara.
"Saya menyebutkan perkara ini bukan dengan niat untuk menyindir. Tetapi untuk menunjukkan bagaimana kehilangan wang 1MDB memberi kesan kepada rakyat jelata. Betapa banyak manfaat yang sepatutnya dikecapi oleh rakyat telah hilang begitu sahaja oleh kerana penyelewengan yang dilakukan oleh seorang perdana menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rosmah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan bagi menjatuhkan pemimpin, organisasi mahupun negara.
Kata beliau, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan sosial media bagi tujuan itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, laporan DoJ yang menyebut sebanyak RM20 bilion wang 1MDB telah dicuri oleh Najib, tidak termasuk RM52 bilion hutang dan tanggungan 1MDB yang kini menjadi tanggungan kerajaan adalah wang rakyat yang sepatunya digunakan untuk kepentingan rakyat.
"Bayangkan wang sebanyak RM20 bilion yang ‘hilang’ itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina 500 buah sekolah dengan purata kos RM40 juta sebuah atau 800 buah klinik kesihatan dengan purata kos RM25 juta sebuah.
"Tetapi oleh kerana pemimpin tidak amanah, manfaat ini tidak dapat dikecapi oleh rakyat. Malah, rakyat pula yang terpaksa menanggung beban dengan membayar pelbagai cukai untuk menampung perbelanjaan kerajaan.
"Saya tidak dapat bayangkan Najib masih boleh berdiri sebagai Perdana Menteri setelah segala kecurangannya didedahkan satu persatu. Teramat malu bangsa kita berketuakan seorang pencuri dan perompak," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Beliau juga hairan terhadap Jabatan Peguam Negara Malaysia sebagai institusi yang sepatutnya melindungi kepentingan negara lumpuh untuk bertindak dari segi undang-undang, sedangkan DOJ telah memfailkan saman untuk merampas aset yang diperoleh menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.
"Jika wang telah dicuri, maka tentulah ada orang yang mencurinya. Adakah Peguam Negara sengaja hendak melindungi Najib dan konconya sedangkan hak rakyat dirampas oleh Najib?" soalnya.
Justeru, katanya, atas dasar prinsip dan maruah, Peguam Negara Malaysia mesti bertindak mendakwa Najib dan konco-konconya. Jangan beri alasan tiada bukti. Saya tahu agensi penyiasat telah mengumpulkan bukti yang cukup untuk mendakwa Najib.
"Jika Peguam Negara seorang yang bermaruah, beliau mesti bertindak memulakan proses pendakwaan dengan segera. Saya ingin mengingatkan peguam negara. Jangan halang proses keadilan kerana tanggungjawab kamu adalah untuk melaksanakan keadilan. Ingat, Allah s.w.t sentiasa memerhatikan segala tindak tanduk kamu," tegasnya.
Muhyiddin juga berkata, jika Peguam Negara gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendakwa Najib, beliau percaya Najib akan ‘didakwa’ di gelanggang mahkamah rakyat dalam pilihan raya umum ke-14.
"InsyaAllah, Najib dan kerajaan pimpinannya akan diadili dan dijatuhi hukuman yang sewajarnya oleh rakyat nanti," katanya yang juga ahli parlimen Pagoh.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena