Showing posts with label mengandungi merkuri. Show all posts
Showing posts with label mengandungi merkuri. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Malaysia haramkan Qu Puteh? Tarik balik 2 produk dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.

Jumaat, 22 Januari 2016
Selepas Brunei, Malaysia juga melarang jualan produk Qu Puteh.

Twitter Bernama, memetik ketua pengarah kesihatan berkata produk itu – Qu Puteh Whitening Pro 9 – tidak lagi dibenarkan dijual.

Ia dilaporkan dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.

- mkini


QU PUTEH AKHIRNYA TARIK BALIK DUA PRODUK

KOTA BHARU: Pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu, berkuat kuasa hari ini. 

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata pihaknya akan melakukan penelitian terhadap dua produk berkenaan kerana sebelum ini masalah sedemikian tidak pernah berlaku. 

"Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna. 

"Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebentar tadi, ketika mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri yang tidak dibenarkan dalam kosmetik. 

Kementerian Kesihatan Brunei pula mengharamkan tiga produk Qu Puteh kerana didakwa mengandungi bahan berbahaya. 

Mengulas lanjut, Dr Vida berkata walaupun dua produk itu dihentikan jualannya dalam pasaran, produk lain seperti Pamoga, Qu Puteh dan Milenia masih dijual. 

"Saya yakin produk kecantikan dan kesihatan yang lain tidak mempunyai masalah sama. Saya harap pengguna tidak hilang kepercayaan pada produk saya," katanya.

- bharian
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena