Showing posts with label presiden PKR. Show all posts
Showing posts with label presiden PKR. Show all posts

Monday, 5 October 2015

Petisyen 25 Ahli MPP: Mana boleh rampas kuasa Presiden PKR – Tian Chua

Isnin, 5 Oktober 2015
Tian-Chua

Mana boleh rampas kuasa Presiden PKR – Tian Chua

PETALING JAYA : Tian Chua mempersoalkan dakwaan Chegubard bahawa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan melakukan rampasan kuasa Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Naib Presiden PKR itu berkata, tidak ada cara untuk melakukan rampasan kuasa terhadap jawatan yang disandang oleh Presiden parti kerana ia dipilih oleh ahli secara lantikan.
“Awak tanya Chegubard apa mekanisme dia (rampasan kuasa). Saya pun tak tahu. Apa cara boleh rampas? Mana ada cara.
“Semak dahulu Perlembagaan parti yang sangat jelas. Presiden dipilih melalui pemilihan umum oleh ahli parti. Satu orang satu undi. Kalau ikut DAP itu bolehlah. Mereka melantik jawatankuasa kerja yang kemudian melantik Presiden. PKR berbeza,  Presiden PKR dilantik terus oleh ahli,” katanya kepada FMT.
Ditanya adakah PKR akan mengambil tindakan terhadap Chegubard kerana membuat dakwaan itu;
“Saya tak mahu komen mengenai apa-apa perkara mengenai Chegubard,” jawabnya ringkas.
Untuk rekod, Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Prof. Madya. Dr. Shaharuddin Baharuddin menganggap dakwaan Chegubard itu sebagai mengarut.
“Saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu. Mengarut sahaja,” katanya.
Semalam, Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Azmin atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Wan Azizah.
Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.
Petisyen tu ditandatangani oleh 25 Ahli MPP yang sebahagian besarnya penyokong Azmin.
FMT.
Read More

Friday, 22 August 2014

Wan Azizah masih menunggu?...Kerana saya adalah Presiden PKR

Jumaat, 22 Ogos 2014

Wan Azizah masih tunggu jawapan istana

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih menunggu jawapan sama ada beliau akan diterima masih menghadap sultan Selangor.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pagi tadi, Wan Azizah berkata pihak istana mengesahkan menerima permohonan itu.

"Datuk (Mohamad) Munir (Bani) memaklumkan permohonan itu sudah dipanjangkan kepada baginda dan kami sedang menunggu jawapan," katanya, merujuk kepada setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini adalah permohonan kedua selepas istana menolak surat permohonan pertama yang ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan pertama itu ditolak kerana sultan menyatakan bahawa baginda sudahpun dimaklumkan mengenai krisis politik Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas tentang tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadap Sultan Selangor berkenaan isu MB, Wan Azizah berkata perkara itu hanya diketahuinya selepas ia berlangsung.

Namun, beliau mengetahui mengenai pertemuan tersebut sebelum ia dilaporkan di media, dan menganggapnya sebagai ziarah sempena sambutan Syawal.

"Rasanya beliau (Hadi) mengadap Sultan pada Hari Raya ketiga atau keempat (dalam bulan) Syawal.

"Jadi ia mungkin satu perjumpaan sempena Hari Raya. Bila jumpa masa Hari Raya, kita tak perlu maklum pada orang lain," kata ADUN Kajang itu.

Tindakan Hadi mengadap Sultan itu meniupkan spekulasi bahawa Wan Azizah bukan calon yang menjadi pilihan pihak istana untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wan Azizah berkata, ia hanya spekulasi yang dibangkitkan oleh individu tertentu, sedangkan beliau sendiri masih belum mendapat kepastian sebenar dari baginda.

Berikut adalah sedutan daripada wawancara pagi tadi:

Malaysiakini: Adakah terdapat sebarang halangan untuk Datuk Seri menjadi MB?

Wan Azizah: Kita ada penguasa negeri di negeri kita ini. Tuanku (Sultan Selangor) adalah pemerintah tersebut dan baginda adalah pemerintah negeri yang sangat berpendidikan.

Dan saya fikir, beliau pastinya ada 'pilihannya' yang tersendiri. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri menetapkan pemimpin yang disokong majoriti akan mentadbir negeri.

Justeru, perkara ini pastinya akan dipertimbangkan oleh Tuanku dengan sewajarnya.

Malaysiakini: Datuk Seri sebut tadi Tuanku ada pilihannya sendiri dan jika baginda tidak menggemari Datuk Seri. Siapa yang akan PKR calonkan?

Wan Azizah: Kalau begitu kita perlu kembali kepada parti, kerana saya adalah presidennya.

Malaysiakini: Mungkinkah Azmin orangnya (sebagai calon MB alternatif)?

Wan Azizah: Tidak, tidak kerana dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, saya rasa (Lim) Guan Eng orang yang sebut bahawa memandangkan PAS mencalonkan nama Azmin dalam mesyuarat Pakatan - dan saya tiada kerana saya adalah pihak berkepentingan - DAP berpandangan kita perlu kembali kepada kepimpinan Pakatan untuk memilih nama lain.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri mengatakan Sultan sebagai halangan, kerana soalan yang ditujukan sebelum ini bertanya tentang apakah halangan tersebut?

Wan Azizah: Tidak, itu adalah perkara yang orang cakap-cakapkan. Mereka dakwa Tuanku suka orang itu, suka orang ini. Saya masih menunggu untuk mengadap baginda. Dia (Aidila) bertanya tentang halangan sebagai satu cara...

Malaysiakini: Jadi Tuanku sebagai halangan satu persepsi?

Wan Azizah: Ya, itu apa yang disebut-sebut, tetapi saya masih ada sedikit keraguan kerana baginda perlu dilihat dan menerima saya memohon mengadap untuk menjelaskan duduk perkara kepada baginda.

Sehingga kini saya belum pernah mengadap baginda secara langsung.
Malaysiakini


Wawancara dijalankan oleh Ahmad Fadli KC, Aidila Razak dan Kow Gah Chie.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena