Showing posts with label tangkap Najib. Show all posts
Showing posts with label tangkap Najib. Show all posts

Saturday, 1 August 2015

[Video #TangkapNajib Rally] Aunty bersih caught #tangkapnajib...Najib 'Makin Kecut Perut'...Pemberontakan akar umbi Umno bermula


Najib Makin Kecut Perut.. Ini Buktinya


Pemberontakan Akar Umbi Umno Bermula.. Najib Bakal Berkubur.  Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas 3 pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

Pemberontakan Akar Umbi Umno Bermula.. Najib Bakal Berkubur
"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya."Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu."Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir.

Read More

Thursday, 30 July 2015

[Video] Audio 'Tangkap Najib'? Muhyiddin kata tu betul...yang buat onar tu Najib

Khamis, 30 Julai 2015

PANAS - Mohamad Hasan Nafi Rakaman Suaranya Bidas Najib

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan bahawa sebuah rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB. Dalam satu kenyataan, katanya, suara individu dalam rakaman yang menjadi viral di media sosial itu bukan suaranya, selain mempunyai beberapa fakta yang tidak betul. 

Menurut Mohamad, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah berkenaan.
BLM.

Muhyiddin kata tu betul....yang buat onar tu Najib, tangkaplah Najib! 

Selepas kebocoran vdo menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB, muncul pula rakaman suara yang kritis terhadap perdana menteri yang didakwa suara Menteri Besar Negeri Sembilan.  

Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.

  Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menafikan rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya.  

Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan. 

Suara siapa nih? Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan dengan berkata ini bukan suara saya...

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 10:00 p.m.

Panas panas panas kahkahkah
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena