Friday, 1 June 2018

[Video Lepas Najib dan anaknya, giliran Rosmah pula] Najib disoal siasat SPRM hari SELASA, Rosmah akan disoal siasat SPRM SELASA juga & Apakah 'SELASA' cukup sinonim utk penyangak2 terima derma masuk ke akaun peribadi?

Jumaat, 1 Jun 2018


Foto Suara Rakyat.

Najib disoal siasat SPRM.. hari SELASA
Rosmah disoal siasat SPRM juga.. hari SELASA

'SELASA' cukup sinonim utk penyangak2 terima derma masuk ke akaun peribadi..

Apa dah jadi pada siasatan Rosmah terima RM2 juta tunai masuk ke akaun peribadi ketika era Najib memerintah ??!. DAH 3 TAHUN siasat tapi hingga kini terus membisu.

Diharap siasatan kali ini akan lebih telus di bawah kerajaan Pakatan Harapan...






SPRM panggil Rosmah siasatan SRC International

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Rosmah Mansor ke ibu pejabatnya di Putrajaya Selasa minggu depan bagi membantu siasatan isu skandal SRC International Sdn Bhd.
Menurut notis SPRM itu, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu hadir pada jam 11 pagi bagi merekodkan keterangannya.
Minggu lalu, SPRM menyoal-siasat Najib dua kali berhubung kes SRc International itu.
Pada 2015, SPRM telah mengendalikan kes yang berkaitan dengan SRC International berhubung dana yang mengalir masuk ke akaun bank peribadi Najib.
Pada masa itu, laman web Sarawak Report mendakwa terdapat beberapa kad kredit yang digunakan berkait dengan akaun peribadi tersebut.
SRC International telah memperoleh dua pinjaman RM2 bilion berasingan daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP pada tahun 2011 ketika SRC masih lagi menjadi anak syarikat 1MDB dan pada tahun 2012 selepas ia diserap oleh Kementerian Kewangan.
Dana pinjaman tersebut dibelanjakan untuk pelbagai pelaburan di luar negara.
Pentadbiran Najib tidak mengumumkan jika mana-mana pelaburan ini telah menghasilkan hasil.
Malaysiakini melaporkan pada Rabu lalu, SRC International tidak mampu membayar hutang dan asetnya tidak dapat menghasilkan pulangan yang diperlukan bagi membayar pinjaman RM4 bilion daripada KWAP.
Oleh itu, Kementerian Kewangan telah membuat pembayaran tetap kepada KWAP.
Read More

[Video KJ-Kita bukan 'honeymoon'] Kerajaan BN setuju bayar ex-gratia RM5j pada Arul Kanda?

Jumaat, 1 Jun 2018

No automatic alt text available.

Kerajaan BN setuju bayar ex-gratia RM5j pada Arul Kanda?

Kementerian Kewangan bawah pentadbiran BN yang lalu bersetuju untuk memberikan bayaran ex-gratia berjumlah RM5 juta kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan memberikannya cuti sehingga kontraknya tamat pada 30 Jun, kata sumber.
Malaysiakini juga melihat komunikasi antara Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah - Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu.
Menurut sumber, separuh daripada jumlah bayaran - RM2.5 juta - akan dibayar selepas kontrak Arul Kanda tamat. Malaysiakini tidak dapat mengesahkan sama ada separuh utama sudah dibayar atau tidak.
Malaysiakini tidak dapat menghubungi Najib, pembantunya atau Irwan bagi mengesahkan perkara itu. Arul Kanda juga tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan Malaysiakini.
Rabu lalu, Arul Kanda - yang diberi kontrak enam bulan - memberitahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang beliau diberikan cuti.
Ia menandakan beliau dalam proses meninggalkan syarikat itu tetapi diarahkan untuk tidak ke pejabat. Beliau bagaimanapun masih dibayar gaji.
Arul Kanda merupakan salah seorang pegawai utama 1MDB yang dipanggil Lim untuk memberi penjelasan tentang status syarikat itu.
Kementerian Kewangan adalah satu-satunya pemegang saham 1MDB.
Arul Kanda dibawa masuk menyertai syarikat itu pada Januari 2015 ketika ia berdepan masalah aliran wang tunai.
Beliau merupakan arkitek utama dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB yang menjual aset-aset syarikat itu untuk membayar hutang yang ditanggung.
Namun begitu, kerajaan HARAPAN mendedahkan pentadbiran terdahulu telah membayar RM6.98 bilion bagi pihak 1MDB kepada peminjam.
Laporan sebelum ini mengesahkan sebanyak RM1.199 bilion ditebus daripada Khazanah Nasional Bhd Ogos lalu dan tanah kerajaan dijual kepada Bank Negara Malaysia Disember lalu bagi meraih dana.
Najib telah mempertahankan cara pentadbirannya menguruskan hutang 1MDB.
Beliau berkata Kementerian Kewangan telah memiliki aset 1MDB - termasuk hartanah - dan maka perlu menggalas kewajipan hutang syarikat itu.
Malaysiakini.
Read More

[Video Waran tangkap dikeluar ke atas Jamal] Tabung Harapan kutip RM18.6 juta dalam 48 jam.

Isnin, 1 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Jika rakyat Malaysia rasa sayang & cintakan negara! seikhlas hati untuk menderma, Tabung Harapan Malaysia mengurangkan beban hutang negara.#MalaysiaBaru

"Sumbangan Tabung Harapan Negara hanya digunakan untuk kurangkan hutang negara sahaja" - Bernama (31/5/2018)

Tabung Harapan Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM18,608,925.36. Ini merupakan peningkatan sebanyak 163% berbanding RM7,075,508.79 yg dikutip semalam.

#TerimaKasih kepada semua rakyat Malaysia bersatu sehati sejiwa seraga dalam membantu meringankan beban hutang kerajaan persekutuan


Tabung Harapan kutip RM18.6 juta dalam 48 jam

Lebih RM18.6 juta telah dikumpulkan Tabung Harapan Malaysia setakat 3 petang tadi.
Jumlah ini meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dikumpulkan semalam, iaitu sebanyak RM7 juta.
Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan pada Rabu lalu sebagai hasrat rakyat Malaysia yang ingin menyumbang terhadap ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan tahap hutang negara.
Putrajaya berkata hutang dan liabiliti negara melebihi RM1 trilion.
The Star sebelum ini melaporkan terdapat akaun palsu yang menyamar sebagai Dana Harapan atau Tabung Harapan.
Nombor akaun rasmi Maybank untuk Tabung Harapan Malaysia adalah 5660 1062 6452.
Manakala itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam suatu kenyataan mengucapkan terima kasih atas sumbangan sukarela dan derma ikhlas rakyat Malaysia.
Malaysiakini.

Read More

[Video TERKINI: "Tiada Rekod Musa Aman dan Jamal Yunos ke Luar Negara" - Imigresen] Lelaki mirip Musa Aman di London tular.

Jumaat, 1 Jun 2018

Musa Aman didakwa ditemui di London.

Lelaki mirip Musa Aman di London tular

Video lelaki mirip Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman di stesen keretapi St Pancras International di London tular sejak malam tadi.
Rakaman video berdurasi hanya 10 saat itu dimuat naik pengguna Facebook, Az Eem yang turut menanda pengasas Invoke Malaysia, Rafizi Ramli.
“Ex-cm Sabah spotted at St. Pancras, London,” tulis Az Eem pada rakaman yang memaparkan individu berjaket merah dan memakai topi sedang berdiri di sisi troli bagasi bersama seorang kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika individu yang dilihat dalam video itu adalah Musa yang dikehendaki polis.
Musa sebelum ini dilaporkan sudah meninggalkan negara ini tanpa menggunakan saluran undang-undang.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu dipercayai sempat melarikan diri ke London sebelum sempat disenaraihitamkan untuk keluar dari Malaysia.
Pada 23 Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan di kediaman Musa di Luyang tetapi tidak merampas apa-apa barang.
Read More

[Video Tajaan Piala Dunia RM15 juta, dijangka bertambah] Nak sekolahkan skit MACAI yang dok kondem pasal PENYIARAN WOLDCUP 40 JUTA tu & Apabila Umno tersungkur seluruh dunia 'Ayahanda' dah libang libu?

Jumaat, 1 Jun 2018

Nak sekolahkan skit MACAI yang dok kondem pasal PENYIARAN WOLDCUP 40 JUTA tu


Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH menambah 7 foto baharu
7 jam
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sila ambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan UGUTAN BUNUH terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
Rupanya dia ni memang jahat. Pelbagai penipuan dilakukannya sebelum ni.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Hati-hati!!!
Tolong sebarkan segera!
Read More

[Video Siapa Orang Kanan Najib Didakwa Jumpa Anwar Untuk Jatuhkan Mahathir?] Anwar jangan sekadar bimbang, kukuhkan HARAPAN.

Jumaat, 1 Jun 2018

Anwar jangan sekadar bimbang, kukuhkan HARAPAN


Pada 9 Mei rakyat jelata telah membuat keputusan. Mereka memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) yang antara lain, menjanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kini sudah lebih 20 hari kerajaan baru HARAPAN mentadbir. Alhamdulillah segala-galanya berlaku dalam suasana aman damai walaupun ada saat-saat yang mencemaskan.
Jadi janganlah ada mana-mana pihak – dari mahligai yang bergemerlapan kepada lorong belakang yang hanyir dan gelap – cuba mencabar kesahihan kuasa rakyat.
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditajukberitakan sebagai berkata beliau bimbang dengan perbezaan pendapat dalam HARAPAN.
Saya katakan begini kepada sahabat lama saya itu: Jangan sekadar bimbang saja. Sebagai orang tua kita lakukanlah yang terbaik bagi mengukuhkan perpaduan dalam pakatan kita.
Tiada yang terlepas pandangan umum
Sesiapa pun, si papa atau raja akan mengundang tindak balas yang setimpal sekiranya mereka cuba menidakkan pilihan rakyat jelata dan undang-undang negara.
Seperti saya nyatakan berulang kali, dalam dunia tanpa sempadan yang dipacu oleh media sosial ini, tidak seorang atau satu hal pun akan terlepas daripada pandangan umum.
Dunia hari ini bukan lagi dunia “raja dalam rumah buat kira-kira. Suri dalam dapur makan roti gula”.
Rakyat jelata mahu tahu dan terpaksa diberi tahu kira-kira apa yang raja sedang buat dan berapa harga roti yang dimakan suri kerana rakyat jelata lah yang membiayai keperluan mereka.
Bukan puluhan atau ratusan ribu ringgit tapi ratusan juta! Maka sewajarnyalah kira-kira yang raja buat itu demi kebaikan rakyat jelata dan bila ada raja, ada lah permaisurinya.
Dayang tepi kolam yang sedang mahu jemur tepung tidak lagi mahu dipatuk hidungnya oleh burung hitam. Ini adalah kerana raja, isteri raja, dayang dan rakyat jelata kini berada di abad ke-21 dan bukan lagi di zaman dongeng, mitos serta rekaan di mana raja adalah kudrat.
Secebis (petikan) daripada Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat:
1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
Antara Melayu dan Integriti
Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri.
Kerajaan baru menjanjikan reformasi institusi. Untuk itu kita perlukan seorang pakar guaman yang amanah dan berintegriti sebagai peguam negara (attorney general).
Kalau kita hendak melakukan pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi pula, kita perlukan pula seorang pendakwa raya negara (prosecutor general) yang berkaliber.
Bagi mengelakkan pemusatan dan pembolotan kuasa, kita perlu pisahkan tugas guaman dan pendakwaan. Kita perlu ada seorang peguam negara dan pendakwa raya negara.
Bangsa dan keturunan mungkin penting bagi sesetengah orang tetapi bagi semua yang mahukan keadilan, yang lebih penting adalah kewibawaan.
Jadi hendaknya janganlah ada sesiapa yang cuba mensabotaj proses pembentukan dan pelengkapan pentadbiran HARAPAN ini atau bermain kayu tiga untuk tujuan politik yang sempit. Rakyat jelata memerhatikan!
DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.
Rencana ini asalnya dimuat naik di blog beliau dengan tajuk, "Bahaya nafi pilihan rakyat." Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

[Video SIDANG MEDIA MAJLIS PRESIDEN PH pada 1 JUN 2018] Kereta mewah Najib didakwa DISOROK? Waran tangkap ke atas Jamal.

Jumaat, 1 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Lebih 20 pengamal media berkumpul di perkarangan Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di sini, susulan penularan rakaman video yang mendakwa beberapa kereta mewah milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disorok di parkir kondomonium mewah itu.

Satu rakaman video berdurasi 24 saat tular di media sosial, mendakwa beberapa kereta mewah di parkir di kawasan letak kereta aras bawah kondominium itu milik keluarga Najib dan disorok oleh rakannya yang memiliki unit di kondominium tersebut.

Usaha Bernama untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak polis gagal apabila pihak berkaitan tidak dapat dihubungi. — Bernama

Waran tangkap ke atas Jamal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana gagal tampil dan memberikan kerjasama berhubung siasatan polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah memberikan masa yang cukup kepada Jamal untuk tampil menyerah diri bagi memberikan kerjasama dalam membantu siasatan dilakukan.
“Bagaimanapun, beliau tetap gagal berbuat demikian, sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa keselamatan dirinya terancam.
“Justeru, polis mendapatkan waran tangkap terhadap beliau mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah.
“Waran tangkap sudah dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai Jamal diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sehingga kini, pihak polis sudah menuduh tiga kes terhadap Pengerusi Gerakan Baju Merah itu ketika di Hospital Ampang Puteri, Ampang, 25 Mei lalu, selain masih mempunyai baki enam kes yang belum dituduh.
Jamal dituduh di hospital berkenaan atas kesalahan mempamerkan senjata api serta dua kesalahan lain sebelum menghilangkan diri selepas diberikan ikat jamin, namun tidak sempat untuk menyelesaikan proses berkenaan.
Sebelum ini, Jamal yang berjanji untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, kelmarin, gagal berbuat demikian walaupun pihak media sudah menunggu sejak 2 petang.
Malah, beliau mendakwa pihak berkuasa ketika ini membuat rancangan dengan menekan PDRM untuk menganiaya dirinya menerusi kenyataan dan video berdurasi tujuh minit 37 saat yang memaparkan Jamal berlatar belakangkan kebun kelapa sawit sambil menerangkan mengenai beberapa tindakannya sebelum ini.
MD.
Read More

[Video Rafizi dilepaskan dengan bon berkelakuan baik] Setelah Umno TUMBANG Musa Aman & Jamal pun lari, lari...tatapi mau pi mana? 17,000 lantikan politik juga diberi habuan Aidilfitri.

Jumaat, 1 jun 2018

Foto Suara Rakyat.
#BreakingNews.. Polis Malaysia akan bekerjasama dengan polis Indonesia untuk memburu Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang dikatakan sekarang berada di negara jiran itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah berita tersebut sudah tular di media Indonesia.

#TangkapJamal

A adalah Pulau Karimun Riau; Image courtesy Google.
Foto Suara Rakyat.

Quan Zaquan Sorang kat London...sorang kat kebun kelapa sawit...mari kita tengok sapa yg kena...
baik punya game ni!!
No automatic alt text available.

17,000 lantikan politik juga diberi habuan Aidilfitri

\
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan 17,000 penjawat awam berstatus kontrak yang juga adalah pelantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan sebelum ini akan menerima habuan sempena Aidilfitri ini.
Katanya, walaupun mereka adalah lantikan politik daripada pentadbiran kerajaan BN terdahulu, kerajaan bukan mahu menganiaya kumpulan itu.
"Mereka akan dapat habuan mereka untuk hari raya, kita bukan nak aniaya mereka," katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, hari ini.
Sebaliknya, kata Dr Mahathir, lantikan jawatan untuk kumpulan itu sebenarnya tidak diperlukan.
"Jawatan itu tiada kerja, sebaliknya berkhidmat untuk parti, malah ada penjawat kerajaan yang mencemarkan diri mereka dengan mengambil bahagian dalam kempen politik.
"Kita ada (bukti) video untuk kegiatan mereka," katanya.
Dr Mahathir pada 17 Mei lalu mengumumkan kerajaan akan mengambil langkah untuk mengurangkan pembaziran wang termasuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak.
Pada 30 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat mengumumkan bayaran khas RM500 ringgit akan diberikan menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
Malaysiakini.
Read More

[Video PM persoal kesetiaan pegawai awam berkempen untuk BN] Menteri akan tentukan perlu timbalan atau tidak.

Jumaat, 1 Jun 2018

Menteri akan tentukan perlu timbalan atau tidak

Menteri-menteri yang telah dilantik akan diberikan hak untuk menentukan sama ada mereka memerlukan timbalan ataupun tidak, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Timbalan (menteri), kita tidak tahu berapa banyak, tapi kita akan beri hak kepada menteri sama ada dia perlu kepada timbalan ataupun tidak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau ditanya pemberita mengenai barisan Kabinet kerajaan sama ada akan ada pertambahan kementerian lain dan senarai timbalan menteri bagi kementerian yang telah ada.
Setakat ini 13 kementerian telah diwujudkan dengan kesemua menterinya telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu.
Kementerian berkenaan adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Tenaga Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan.
Pada 10 Mei lalu, Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sehari selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional.
- Bernama
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena