Friday 1 June 2018

[Video SIDANG MEDIA MAJLIS PRESIDEN PH pada 1 JUN 2018] Kereta mewah Najib didakwa DISOROK? Waran tangkap ke atas Jamal.

Jumaat, 1 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.
KUALA LUMPUR, 31 Mei — Lebih 20 pengamal media berkumpul di perkarangan Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan di sini, susulan penularan rakaman video yang mendakwa beberapa kereta mewah milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disorok di parkir kondomonium mewah itu.

Satu rakaman video berdurasi 24 saat tular di media sosial, mendakwa beberapa kereta mewah di parkir di kawasan letak kereta aras bawah kondominium itu milik keluarga Najib dan disorok oleh rakannya yang memiliki unit di kondominium tersebut.

Usaha Bernama untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak polis gagal apabila pihak berkaitan tidak dapat dihubungi. — Bernama

Waran tangkap ke atas Jamal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana gagal tampil dan memberikan kerjasama berhubung siasatan polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah memberikan masa yang cukup kepada Jamal untuk tampil menyerah diri bagi memberikan kerjasama dalam membantu siasatan dilakukan.
“Bagaimanapun, beliau tetap gagal berbuat demikian, sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa keselamatan dirinya terancam.
“Justeru, polis mendapatkan waran tangkap terhadap beliau mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah.
“Waran tangkap sudah dikeluarkan hari ini oleh Mahkamah Majistret Ampang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai Jamal diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sehingga kini, pihak polis sudah menuduh tiga kes terhadap Pengerusi Gerakan Baju Merah itu ketika di Hospital Ampang Puteri, Ampang, 25 Mei lalu, selain masih mempunyai baki enam kes yang belum dituduh.
Jamal dituduh di hospital berkenaan atas kesalahan mempamerkan senjata api serta dua kesalahan lain sebelum menghilangkan diri selepas diberikan ikat jamin, namun tidak sempat untuk menyelesaikan proses berkenaan.
Sebelum ini, Jamal yang berjanji untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, kelmarin, gagal berbuat demikian walaupun pihak media sudah menunggu sejak 2 petang.
Malah, beliau mendakwa pihak berkuasa ketika ini membuat rancangan dengan menekan PDRM untuk menganiaya dirinya menerusi kenyataan dan video berdurasi tujuh minit 37 saat yang memaparkan Jamal berlatar belakangkan kebun kelapa sawit sambil menerangkan mengenai beberapa tindakannya sebelum ini.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena