Tuesday, 4 June 2013

Blackout 505 di KL pada 15 Jun boleh diteruskan jika Akta Perhimpunan Aman 2012 dipatuhi - Zahid Hamidi

Rabu, 5 Jun 2013
Pakatan sokong himpunan aman 15 Jun

Himpunan Blackout 505 di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini boleh diteruskan
Aidila Razak - Mkini

Himpunan Blackout 505 di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini boleh diteruskan jika Akta Perhimpunan Aman 2012 dipatuhi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengadakannya di kawasan yang ditetapkan dalam akta tersebut, maka polis akan membenarkannya.

Ahmad Zahid menjawab berhubung himpunan yang dirancang itu walaupun Yang di-Pertuan Agong bertitah agar semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Semalam Anwar berkata keputusan sama ada himpunan itu akan dibuat di dalam stadium atau di jalan raya masih belum diputuskan.

Akta Perhimpunan Aman 2012 memperuntukkan supaya pihak berkuasa perlu diberikan notis sepuluh hari sebelum sebarang himpunan diadakan manakala kebenaran bertulis perlu diperolehi daripada pemilik tapak himpunan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena