greenboc.blogspot.com
Terkini
Jenazah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari dijangka diterbangkan dengan penerbangan MAS, jam 12.20 tengahari esok, merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh buletin utama TV3
My Sumber - http://www.mysumber.com
Terkini
Jenazah Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari dijangka diterbangkan dengan penerbangan MAS, jam 12.20 tengahari esok, merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh buletin utama TV3
My Sumber - http://www.mysumber.com
Pendaki Perbadanan Putrajaya ke Base Camp Everest maut akibat Penyakit Akut Ketinggian (AMS)
KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang pendaki Malaysia yang menyertai kumpulan pendaki Perbadanan Putrajaya ke Base Camp Everest, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan penyakit akut ketinggian (AMS) di Banjaran Himalaya, dekat Katmandu, Nepal hari ini.
Manakala seorang lagi yang turut menyertai ekspedisi tersebut turut mengalami serangan akut yang sama dan keadaannya dilaporkan kritikal. - UTUSAN
Pendaki Malaysia, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari maut di gunung Everest
Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal akibat penyakit akut ketinggian (AMS) ketika mengikuti misi itu di Nepal menurut laporan yang disiarkan media.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari berusia 25 tahun yang merupakan Penolong Jurutera PPj manakala seorang lagi pendaki, Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya dilaporkan dalam situasi kritikal
Dalam pada itu, turut dilaporkan cuaca buruk di sana telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia itu
Ekpedisi itu yang bermula pada 27 Mei lalu, disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj
Menurut perkembangan semasa yang dilaporkan, sehingga kini pihak PPj belum dapat kepastian bila jenazah akan dapat dibawa keluar dari Phericihe ke Kathmandu
Pun begitu usaha sedang dilakukan bagi memastikan jenazah dapat diterbangkan ke tanah air secepat mungkin
Susulan kejadian itu, kesemua pendaki telah membatalkan rancangan ke kem pangkalan Gunung Everest dan kini berada di Lobuche, dalam keadaan stabil dan selamat
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang ke tanahair pada 10 Jun
53 0 Google +1
My Sumber - http://www.mysumber.com
Takziah buat keluarga pendaki Gunung Everest
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari, pendaki Gunung Everest yang telah menghembuskan nafas terakhir ketika cuba mendaki gunung tersebut bersama pasukannya.
Seorang lagi ahli pasukan tersebut dikatakan sedang kritikal dan kedua-duanya mengalami penyakit akut ketinggian (acute mountain sickness) dalam usaha mereka menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.
“Kemungkinan faktor cuaca menjadi halangan terbesar mereka mendaki Gunung Everest serta menjadi punca kematian dan penyakit mereka,” ujar Timbalan Ketuanya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata DPPM mengharapkan agar kerajaan Malaysia dapat berusaha membawa pulang jenazah Mohamad Shahrulnizam serta seorang lagi pendaki yang kritikal dengan segera dan selamat serta mampu menyelamatkan nyawanya.
Katanya, dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan itu, tidak ada lagi harapan dan pergantungan melainkan kepada Allah SWT di samping ikhtiar yang termampu bagi membawa balik kedua-duanya.
Selain mereka, ujarnya DPPM juga berharap kesemua anggota pasukan juga akan dihantar pulang sesegera mungkin agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
“DPPM menasihatkan pasukan pendaki Malaysia agar menjaga keselamatan dan kesihatan mereka,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Menurutnya kagi, meskipun mereka cuba mengharumkan nama negara dengan memanjat ‘bumbung dunia’ itu, namun aspek keselamatan dan kesihatan perlu diambil kira.
“Di atas segala-galanya, kesihatan dan keselamatan perlu menjadi keutamaan. Di belakang mereka, sanak saudara tercinta serta rakyat Malaysia menanti dengan penuh sabar agar mereka semuanya sihat,” katanya.
Justeru, ujar beliau rakyat Malaysia sentiasa berdoa semoga mereka sentiasa selamat.
“Buat kesemua anggota pasukan, misi anda telah berjaya kerana mampu sampai ke tahap itu serta mengharumkan nama negara kerana berjaya melahirkan pendaki-pendaki yang cekal mendaki puncak dunia,” katanya lagi.
Harakahdaily.
Gambar Mayat Terbiar di Gunung Everest
Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ (Pelangi Indah di Gunung Everest (LINK)), ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya.
Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun. Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan!-Posted by Addin Deen
Pendaki Malaysia
Menghindari Penyakit AMS
Proses aklimatisasi atau proses menyesuaikan diri di ketinggian tertentu bagi seorang pendaki gunung wajib dilakukan agar dapat terhindar dari penyakit Altitude Mountain Sickness (AMS) atau biasa disebut sebagai penyakit ketinggian.
Penyakit AMS dapat menimbulkan kematian apabila seorang pendaki tidak memahami tanda-tanda yang diberikan tubuh ketika mencapai suatu ketinggian tertentu, misalnya kepala pusing, susah bernafas, hingga keluar cairan dari hidung.
Untuk terhindar dari penyakit AMS, maka seorang pendaki wajib melakukan upaya penyesuaian diri dengan melakukan pendakian ke ketinggian tertentu secara bertahap dan turun lagi di ketinggian tertentu, sehingga tidak memaksakan diri langsung menuju puncak. Hal ini mengingat kemampuan kerja paru-paru dan jantung yang terbatas dalam menyerap kadar oksigen yang rendah.
Seperti yang dilakukan Sabar, pendaki tunadaksa dari Tim Ekspedisi Merdeka - RMOL yang harus melakukan pola pendakian secara bertahap, dari ketinggian 2.580 mdpl menuju ketinggian 3.800 dan kembali lagi ke 2.580 mdpl.
Keesokan harinya setelah bermalam di ketinggian 3.800 mdpl menuju ketinggian 4.600 mdpl dan kembali lagi ke 3.800 mdpl.
Selanjutnya dari ketinggian 3.800 mdpl naik ke ketinggian 4.600 mdpl untuk bermalam lagi sebelum keesokan paginya melakukan summit attack ke puncak Elbrus di ketinggian 5.642 mdpl.
Begitu pola yang harus di jalankan Sabar atau pendaki lain, agar terhindar dari penyakit AMS atau yang lebih dikenal dengan sebutan penyakit gunung. [ysa]/RMOL.
Begitu pola yang harus di jalankan Sabar atau pendaki lain, agar terhindar dari penyakit AMS atau yang lebih dikenal dengan sebutan penyakit gunung. [ysa]/RMOL.
Pelangi Dan Awan Luar Biasa Di Gunung Everest
0 comments:
Post a Comment