Wednesday, 5 June 2013

Rafizi: Himpunan 15 Jun di Padang Merbok

Rabu, 5 Jun 2013
Pakatan Rakyat akan menghantar notis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasukan polis hari ini.
Pakatan Rakyat akan menghantar notis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasukan polis hari ini untuk menyatakan niat mereka berhubung penganjuran perhimpunan 'Black 505' pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
azlan
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, gabungan parti itu pada asalnya ingin mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada jam 2 petang pada tarikh berkenaan.

Namun, Pakatan mengambil maklum saranan dan peringatan daripada polis supaya mengelakkan dari berhimpun di Dataran, katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

"Namun, jika polis dan DBKL tidak kisah, kami ingin berhimpun di Dataran," katanya lagi.

Tambahnya, Pakatan memilih untuk berhimpun di Padang Merbok buat masa ini untuk mengelakkan rundingan demi rundingan yang mungkin akan melengahkan perhimpunan berkenaan.

Akta Perhimpunan Aman 2012 menetapkan penganjurkan memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan dalam tempoh 10 hari, selain permohonan bertulis dan pemilik kawasan yang menjadi medan perhimpunan terbabit.

Kedua-dua lokasi berkenaan – Padang Merbok dan Dataran Merdeka diuruskan oleh DBKL.

Apalagi lu mau : Padang Merbok lokasi Blackout 505 KL (asalnya Dataran Merdeka)
Padang Merbok lokasi Blackout 505
Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2013                                    
PETALING JAYA - Sekretariat Himpunan Blackout 505 hari ini memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun ini sebagai menghormati nasihat pihak polis supaya tidak melibatkan Dataran Merdeka.
        
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata pihaknya amat berbesar hati jika pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudi membenarkan pihaknya menggunakan Dataran Merdeka untuk tujuan itu.
        
"Pada asasnya kami merasakan Dataran Merdeka adalah tempat yang paling sesuai untuk rakyat berhimpun menyuarakan hasrat murni seperti yang terkandung dalam tuntutan #Blackout505," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
tebuanharimau posted 
Pakatan sokong himpunan aman 15 Jun

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena