Friday, 7 June 2013

Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur: Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Jumaat, 7 Jun 2013
Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Aidila Razak
8:58PM Jun 7 2013
Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan 
Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.
erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka.

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua 
anak-anak tersebut," katanya.
ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya
Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya.

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya.

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"
Malaysiakini.
Komenter
Raja Mohd Shahrim ·  Pengulas Tertinggi · 3,737 orang pelanggan
Ni satu tamparan hebat pada NajibRosmah.. opss.. Kjaan Malaysia....kerana sampai kehari ni misteri pembunuhan Altantuya Sharibu diPuncak Perdana belum terungkai..so pada '1st Lady'.. sila jawab.. toksah tergagap.. aaa.. uuu.. aaa... uuuu.... hehe
Balas · 71 ·  · 49 minit yang lalu

Michael Chiang ·  Pengulas Tertinggi · 370 orang pelanggan
ooops
Balas · 5 ·  · 46 minit yang lalu

Sheryda Abdullah · 124 orang pelanggan
I lost my tongue!
Balas · 9 ·  · 46 minit yang lalu

Mohd Noor Sedik · Smk kamil
Mesti jujur jika mahu di hormati di mata dunia... Berani kerana Benar,Takut kerana Salah...panjangkan isu ini hingga terbungkai....
Balas · 10 ·  · 44 minit yang lalu
Lihat 12 lagi

Ramli Razak ·  Pengulas Tertinggi · Spm
Nak tahu kenapa Altantuya dibunuh senang je...pi Tanya polis yg bunuhnya sapa suruh awak bunuh ...lepas tu pi Tanya org yg mengarah pembunuhan tu , kenapa awak arahkn Altantuya dibunuh....masaalahnya ada org yg tak akan bagi jumpa polis tu dgn depa ni...
Balas · 5 ·  · 29 minit yang lalu

Tenggiling Landak ·  Pengulas Tertinggi · Kolej Utusan Mahaguru
Ramli Razak . . . . Hakim Mahkamah Tinggi dah beri amaran tak boleh SOAL siapa beri arahan bunuh Altantuya . . . SOALAN ini tak relevan di Mahkamah Malaysia.
Balas · 3 ·  · 21 minit yang lalu

Mohd Salleh Abdullah ·  Pengulas Tertinggi
Mungkin hakim tu "kalis mungkar- nakir
Balas · 1 ·  · 14 minit yang lalu

Jailani Sukri ·  Pengulas Tertinggi
lambat laun munkar nakir pasti menjelma
Balas ·  · 5 minit yang lalu
Lihat 1 lagi

Ir Art ·  Pengulas Tertinggi · Bekerja di Gorky Park
harap kerajaan malaysia jangan jadi bisu dalam hal ini. teraju utama malaysia ialah umno, so umno mesti bangkit dengan jawapan segera. umno mesti cuci keaiban yg melanda malaysia.... kamu semua dalam umno jangan tidur, bangkit pertahankan tuan kamu. jangan buat2 lupa siapa tuan kamu sekarang, pejuang melayu, hidup melayu, mati monggol!!!
Balas · 8 ·  · 19 minit yang lalu

Dede Maryam · Dimana ada Ilmu di situlah saya Belajar
Hidup dan bangkit rakyat malaysia salam dri indonesia...
Balas · 2 ·  · 12 minit yang lalu

Haji Rahim Mahmood ·  Pengulas Tertinggi · Head of Department di IKM Lumut, seri manjung · 1,705 orang pelanggan
Payah nak tutup.
Balas · 7 ·  · 36 minit yang lalu

Ahmad Abu Bakar ·  Pengulas Tertinggi · Principal di Self Employed (Business)
dh ada 2 org yg bersalah...nk tunggu apa lagi?....ada apa2 ke?..hehehe
Balas · 3 ·  · 48 minit yang lalu

Meor Raz ·  Pengulas Tertinggi
ganyung aja tunggu wat apa?
Balas ·  · 27 minit yang lalu
Lihat 20 lagi

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena