Sunday, 6 October 2013

Harga gula dan tepung akan naik? Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat...

Ahad, 6 Oktober 2013
Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi & Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat...
Khadijah Zainal's photo.
Fb Kami Benci Najib Tun Razak 

Fb Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) 


Pertengahan September lalu, Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik memberi jaminan harga gula dan tepung tidak akan naik.

Namun, hari ini menteri yang sama memberikan bayangan, kerajaan akan menurunkan subsidi untuk kedua-dua barangan keperluan utama itu.

Penjelasan terperincinya mengenainya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti, lapor akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini.
Photo
Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) 
"Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi. Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup," katanya selepas memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak.

Pengguna yang sudah merasai beban kenakan harga minyak sebelum ini diminta Hassan agar melihat secara positif apa yang dibuat kerajaan kerana ia untuk kepentingan kesemua pihak.

"Sesuatu perkara kadang-kadang perlu dibuat. Bagi saya, kepentingan negara harus diutamakan," katanya.

Sebelum ini, Hasan berkata, pengeluar gula dan tepung telah memberi jaminan harga kedua-duanya tidak akan dinaikan.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan sebagaimana yang disiarkan Utusan Malaysia 13 September lalu. – 6 Oktober, 2013.TMI.
Mohd Muaz's photo.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena