Tamparan hebat buat 'bossku'
Kemenangan DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Sandakan adalah "tamparan hebat" kepada bekas perdana menteri Najib Razak, kata pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.
Menurutnya, kemenangan Vivian Wong sekali gus melenyapkan tiga kekalahan dialami Pakatan Harapan (PH) di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
"Dan ini merupakan satu tamparan hebat kepada kempen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak" Malu Apa Bossku "yang tidak tahu malu," kata Lim dalam satu kenyataan malam ini.
Najib pertama kali menerima jolokan 'Bossku' semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands.
Sejak itu beliau dianggap sebagai faktor yang menyumbang kepada kemenangan BN dalam tiga pilihan raya kecil.
Beliau turut menerima sambutan hangat ketika tiba di Sandakan semalam.
Bagaimanapun, DAP dijangka memenangi kerusi itu apabila mendahului jauh calon PBS dan tiga calon bebas lain.
DAP tembusi kawasan majoriti Muslim
DAP raih undi Muslim
7.40pm - DAP dilihat berjaya menembusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sim Sim dan Pulau Berhala yang dilihat sebagai kubu kuat BN.
Dua PDM ini mempunyai jumlah pengundi beragama Islam tertinggi di kawasan itu. Sekiranya DAP menawan kedua-dua daerah mengundi tersebut, ia bermakna mereka 'menyapu bersih' kesemua 17 PDM di Sandakan.
Sim Sim dan Pulau Berhala menjadi tumpuan bagi Umno Sabah, PAS dan bekas-bekas pemimpin Umno turun berkempen untuk calon PBS.
Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal dan pimpinan Parti Warisan Sabah turut berkempen di kedua-dua PDM ini dalam persaingan PH merebut undi bumiputera Islam di Sandakan.
Undi awal, pos tukar arah ke PH?
7.25pm: Berdasarkan kiraan tidak rasmi, kelihatan PH akhirnya menunjukkan ia mampu menarik sokongan undi awal dan undi pos, berbanding tiga PRK terdahulu.
DAP memperolehi 58.8 peratus undi pos dan undi awal, peningkatan buat prestasi PH berbanding PRK Rantau dan PRK Semenyih. Pada keduai-dua PRK terdahulu itu, undi awal dan undi pos memihak kepada calon pembangkang.
Terdapat juga pertambahan mendadak undi awal dan undi pos kepada DAP berbanding keputusan PRU14 lalu.
Tak rasmi: PH menang di Sandakan
7pm: Calon DAP Vivian Wong Shir Yee menang pilihan raya kecil parlimen Sandakan, berdasarkan kiraan tidak rasmi Malaysiakini.
Pada masa penulisan, dianggarkan secara tidak rasmi kadar keluar mengundi pada 55 peratus, maka DAP mendahuli kiraan tanpa dapat disaingi lagi dengan mendapat 73.95 peratus undi.
Calon PBS, Linda Tsen Thau Lin pula menyusul di tangga kedua dengan mendapat 21 peratus undi.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit SIang hadir mengucapkan tahniah atas kemenangan Vivian.
Pada setiap keputusan kiraan undi diumumkan, ia bersambut sorakan hadirin yang berhimpun dengan meriah di ibu pejabat DAP Sandakan.
Kemarau PH berakhir di Sandakan - Tak rasmi
0 comments:
Post a Comment