Monday 7 October 2013

Isk! Isk! Teruknya...1,703 perwakilan UMNO muflis...tidak layak mengundi ataupun menyertai persidangan!

Isnin, 7 Oktober 2013
Negara Kaya Rakyat Miskin
1,703 perwakilan UMNO muflis tidak layak mengundi pada pemilihan parti
greenboc.blogspot.com 
omakkau.blogspot.com 
Seseorang bakal muflis di akhirat, akibat kurang ilmu dan zalimi orang lain di dunia. Muflis atau bakal muflis di dunia pula, akibat kurang ilmu urus kewangan TANDA nafsu belanja tidak terkawal hingga terlalu ikuti perasaan. Ia juga TANDA diri tidak kompeten dalam administrasi. Diri sendiri pun gagal dijaga bagaimana iangin dijaga yang lain? kecuali kes-kes muflis akibat kematian etc. Sama-sama berdoa dijauhkan dari muflis & potensi muflis.
Zaharuddin Abd Rahman/Fb Saya Benci Harga Barang Naik!

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan UMNO hari ini mengumumkan bahawa seramai 1,703 perwakilan UMNO tidak layak untuk mengundi pada pemilihan parti itu, bulan ini.!

Menurut pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, mereka tidak layak mengundi ataupun menyertai persidangan tersebut kerana didapati muflis.

Bagaimanapun beliau memberitahu, daripada kira-kira 146,000 perwakilan UMNO seluruh negara, seramai 33,012 orang calon layak bertanding pada pemilihan UMNO pada peringkat bahagian.

Katanya jumlah itu selepas mengambil kira 334 orang yang diisytiharkan muflis serta 495 lagi yang telah menarik diri dari bertanding.

Sementara itu, jumlah muktamad calon bertanding pada pemilihan UMNO peringkat Majlis Tertinggi (MT) ialah seramai 260.

Menurut Tajol, jumlah itu adalah selepas seorang daripada calon disahkan tidak layak bertanding.

Tajol berkata demikian pada satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur sebentar tadi.
 Astro Awani / Posted by cikgu pencen 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena