PAU Tahun Lepas Nangis, PAU Tahun Ni AGOGO !
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Sebelum masuk tidor. Ingatlah.. sedara kita kat negeri yang banjur kesejukan. Lapar....
Doakan kesejahteraan mereka...
Amin...
Doakan kesejahteraan mereka...
Amin...
Saya berterus terang saya tidak berani meminta anak-anak saya untuk setia bersama UMNO...
Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?
Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.
Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.
Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.
Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.
Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.
Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.
Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.
Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.
PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!
Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"
Di atas saya copy satu pertiga bahagian akhir sebuah Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli Umno yang disiarkan oleh SYEDOSTB. Klik ke sana untuk keseluruhan artikel yang menyentuh perasaan semoga dapat menimbulkan kesedaran ..... BUKAN untuk mendatangkan mood menangis bercucuran airmata tapi mendatangkan semangat untuk BERTINDAK !
Bukannya bertindak dalam bentuk berperang senjata atau bersilat tapi berperang dengan ketaksuban diri dan perasaan hormat tak bertempat kepada pemimpin, perasaan yang begitu sinonim dengan jiwa orang Melayu kita. Supaya kita berani bangkit untuk MENEGUR..... demi melihat pemimpin2 itu sendiri terus dihormati.... demi menjaga maruah bangsa yang seharusnya menjadi keutamaan dalam perjuangan Umno !
Jika anda sayangkan UMNO dan mahu terus diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan rakyat, yang membawa suara rakyat .... maka bacalah juga peringatan dari AKadirJasin ini -
Sejak Bila Umno Bukan Parti Rakyat Jelata?
dan komen2 yang dikirim oleh pembaca.Sudah terlalu ramai yang berbunyi mengkritik cara Najib ..... adakah semua suara kami ini tidak penting ? Tidakkah suara kami ini mewakili suara bangsa Melayu yang Umno gah mendakwa menjadi wakil ? Maka jadilah wakil kami !
Serius ni, jika suara perwakilan Umno pada PAU 2013 ini tidak berdecit mahu menegur Najib malahan terus dengan CLAP CLAP CLAP, maka Umno sedang menuju kehancuran !
InsyaAllah, Melayu tetap akan bangkit ..... persoalannya adakah bersama Umno ?
0 comments:
Post a Comment