Monday, 2 December 2013

Tragis Alor Senibong: Polis Tahan Remaja 16 Tahun untuk Bantu Siasatan...Mangsa tidak dirogol!

Isnin, 2 Disember 2013

Remaja ditahan bantu kes bunuh tiga beradik

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis tidak sampai 48 jam selepas penemuan mayat tiga adik-beradik perempuan di dua lokasi di daerah ini pada Sabtu lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, remaja tersebut yang merupakan kenalan mangsa berusia 14 tahun ditahan pukul 11.30 malam kelmarin di rumahnya di Perlis.

“Lelaki itu direman selama empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam. - Kosmo

Pelajar Ditahan Berhubung Kes Bunuh 

Tiga Beradik

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

Mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai 

menghentikan spekulasi itu...

Posted by 
[Bernama] ALOR SETAR: Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam Ahad.

Beliau memberitahu pemberita di pejabatnya di sini Isnin bahawa pelajar itu kini ditahan reman selama empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes.

Mayat Nor Syafikah Nadia ditemui di tepi sawah di Alor Senibong, Langgar pada pukul 3.45 petang Sabtu manakala mayat dua adiknya Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, ditemui di terusan Mada Kampung Padang Tani pada pukul 4 petang Ahad kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.

Tiga beradik itu dilapor menaiki motosikal ke rumah rumah rakan Nor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari rumah mereka kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat.

Mereka kemudiannya tidak pulang sehinggalah mayat mereka ditemui.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Adzaman berkata bedah siasat ke atas mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas di samping terdapat kesan calar pada badan mereka.

Kematian ketiga-tiganya didapati berlaku dalam tempoh hampir sama, katanya.

Beliau berkata contoh darah ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang.

Adzaman menegaskan mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi itu.

Beliau berkata polis masih menyiasat hubungan pelajar itu dengan mangsa dan telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa. - 2/12/13.DCM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena