Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Zizi Nisa.
Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambarHarian Pendang.
Buletin Pakatan Rakyat shared a pautan via Kami Boikot Media Pro BN.
Konsert maut: Mudahnya anak muda dapat dadah
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) kesal dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal mengawal aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang.
Aktiviti itu termasuklah penganjuran konsert bebas dadah dan alkohol di Stadium Bukit Jalil pada 14 Mac lepas yang telah mengundang kematian enam anak muda, empat daripadanya Melayu.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya menghantar memorandum berhubung insiden kematian di Festival Future Music Asia kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.
"PPM mempersoalkan bagaimana festival ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan?
Bagaimana pula pemantauan yang longgar dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga penyalahgunaan dadah dan alkohol?" katanya kepada Harakahdaily.
Suhaizan hairan apabila dadah dengan mudah disebarkan secara berleluasa dalam program tersebut.
Tambahnya, keadaan ini mewujudkan kebimbangan dadah adalah bahan yang bukan lagi terlarang, mudah didapati, dan senang disebarkan terutama di dalam konsert seperti itu.
Tegasnya, Kementerian Belia dan Sukan juga dilihat tidak mengambil berat dengan pembangunan belia sehingga membiarkan aktiviti seperti ini berlangsung malah merosakkan belia.
"Di saat rakyat merasa sedih ekoran pelbagai musibah dan ujian berat yang ditanggung di negara ini termasuk kehilangan pesawat MH370, segelintir rakyat pula sanggup berfoya-foya dengan aktiviti kurang berfaedah," katanya.
Justeru katanya, kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap Syarikat Live Scape Sdn Bhd sebagai penganjur festival yang gagal mempastikan program bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Tegasnya, kerajaan mestilah mempastikan sebarang penganjuran aktiviti seperti ini bebas daripada penyalahgunaan dadah dan langkah-langkah pencegahan wajib dipertingkatkan.
"Kerajaan wajib mempastikan sebarang aktviti yang melibatkan khususnya belia beragama Islam daripada terlibat dengan pengunaan minuman keras yang jelas dilarang oleh agama Islam.
"Kerajaan dan NGO sewajarnya mempromosikan pelbagai penganjuran aktiviti yang boleh membawa belia membina masa depan yang lebih cemerlang," katanya.
http://pas.org.my/v2/index.php/artikel/lain-lain-kenyataan/2335-konsert-maut-mudahnya-anak-muda-dapat-dadah

0 comments:
Post a Comment