Sunday, 6 April 2014

Baling 2.0 & Strategi Musuh Berselindung di sebalik nama RASUL?...

Ahad, 6 April 2014


Biar Gambar Berbicara - 2 Peristiwa Besar Di Baling 5 April 2014

Antara Himpunan Derita Rakyat : Baling 2.0 & Strategi Musuh Berselindung di sebalik nama RASUL..!!

Kpd:

1. Habib Ali
2. Ustaz Fathul
3. Kumpulan Al-Mawlid

Kami berhusnuzzon terhadap ketulusan hati dan niat antum yg cintakan Ar Rasul.

Namun antum perlu ingat bhw pd zaman Ar Rasul, ada seorang imam sgt tulus tetapi tertipu dgn perancangan jahat munafiqun. Beliau ialah Mujammi' bin Jariah.

Beliau menerima pelawaan untuk menjadi imam di masjid yg didirikan berhampiran masjid Quba'. Beliau hadir mengimamkan solat, memimpin ibadat, mengimarahkan masjid. Dengan harapan niat sucinya diterima Allah, semoga munafiq itu juga akan insaf dan bertaubat setelah melazimi masjid berkenaan. Tidak cukup dengan itu, Ar Rasul SAW turut dijemput utk merasmikan masjid berkenaan.

Namun apa yang berlaku, baginda bukan shj enggan hadir, bahkan tidak mengiktiraf Mujammi ' sbg imam masjid. Lebih dahsyat, baginda Ar Rasul sendiri memerintahkan supaya masjid itu diroboh. Sedangkan masjid adalah rumah Allah. Masjid semulia2 binaan atas muka bumi Allah.

Namun disebabkan masjid itu dibina atas dasar DHIRAR, maka ia diarah roboh oleh Rasulullah SAW. Ia bukan dibina atas dasar taqwa. Ia adalah perancangan jahat Munafiqun di bawah arahan Abu Amir Ar Rahib untuk menyaingi Masjid Quba ' disamping berperanan utk memecah-belahkan umat Islam.

Justeru antum semua wahai pencinta Ar Rasul mesti faham permainan musuh gerakan Islam. Dalam suasana negara dikuasai oleh penyangak dan perompak, rakyat hidup menderita, harga barangan melambung, harga getah merudum yg kesemuanya berpunca dari penyelewengan para penyangak ini. Pegawai tinggi LGM sendiri mengakui harga getah merudum disebabkan penyelewengan, bukan krn peningkatan harga dunia.

Lantas rakyat merancang protes atas semangat nahi mungkar. Ia dirancang sejak sekian lama utk diadakan di Baling bagi mengambil sempena Demonstrasi Baling 5/4/1974 yg juga berkaitan isu getah. Slps Demo Baling 74' barulah kerajaan nak buka mata terhadap penderitaan keluarga penoreh getah.

Umno melihat himpunan kali ini boleh menggugat kepercayaan rakyat kpd mereka. Lantas dirancang satu himpunan lain yg nampak lebih wara' dan beradab. Diberi nama malam cinta Rasul dgn harapan rakyat akan melihat betapa baiknya himpunan ini dan betapa buruknya himpunan satu lagi.

Lantas dijemput kumpulan salawat, dijemput pak habib, bahkan dijemput pak fathul yg sebelum ini sgt elergik dgn program wirid beramai2 ni.

Maka terlalu zahir dan tersangat nyata majlis salawat bukan dgn niat salawat. Ia bermatlamatkan DHIRAR.

Jika dahulu ada masjid dhirar, maka kini kelihatan ada pula salawat dhirar! Maka amat tidak wajar kalian terlibat dgn perancangan jahat ini wahai pencinta Ar Rasul, wahai silsilah keturunan Rasul yg kami muliakan dan wahai alim muda anak mantan mufti yg hebat. Tempat kalian bukan di sana. Kalian perlu bersama gerakan Islam menentang mungkar sang penguasa.

Ingatlah sahabat ungkapan sang mujahid, Ibnul Mubarak kpd si 'abid, Fudhail bin Iyadh :
يا عابد الحرمين لو أبصرتنا
لعلمت أنك بالعبادة تلعب
من كان يخضب خده بدموعه
فنحورنا بدماء نا تتخضب

Sekali lagi saya pertegaskan, saya sgt percaya keikhlasan antum. Tapi antum akan tertipu dgn keikhlasan itu jika anda tidak faham rentak tari musuh Islam.

Sebab itulah Al Banna meletak AL FAHMU mendahului AL IKHLAS dlm rukun bai'ah.

Tolong sampaikan...


1 comments:

Unknown said...

Pas pun munafik jugak ceramah bedegar degar nak tegak Islam.tapi nak tegak Islam cara yahudi .demokrasi tu kan ciptaan yahudi kamu takan bejayanye ini fakta sejarah.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena