Sunday, 6 April 2014

Baling: PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi...(Malam Cinta Rasul)

Ahad, 6 April 2014

Kita tidak bermusim cinta pada Nabi – Presiden PAS

BALING: PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

"PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini.

"Ada orang ada masa sayang nabi, sayang nabi; masa rasuah - rasuah, masa umrah - umrah.

"PAS tak macam itu. Ini cakap kita, inilah amalan kita jika diberikan amanah untuk rakyat," katanya sewaktu berucap di Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 di Pekan Kupang, malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan program Malam Cinta Rasul, malam tadi.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian.

"Alhamdulillah bagus selawat. Selawat menandakan kasih kepada nabi. Sayang pada Nabi Muhammad. Sayang pada nabi bukan sahaja berselawat termasuk berjuang cara nabi.

"Teruskan perjuangan nabi, perjuangkan ajaran nabi. Pertahankan nabi, pertahankan ajaran yang adil untuk semua, menyenangkan rakyat

"Berselawat menyebut nama nabi tapi dalam masa yg sama tidak mengikut nabi ini mempersendakan nabi," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Walaupun hujan lebat namun hadirin tidak berganjak dari tempat program yang bermula sejak petang lagi.

Rakyat yang majoritinya petani datang mendengar ucapan pimpinan parti politik dan NGO yang memperjuangkan isu kejatuhan harga getah.

Mereka menuntut kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah berkaitan petani yang membelenggu mereka.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri UMNO yang satu-satunya telah di'bina' imej islamiknya walaupun dia ini bercakap Islam pun tak tahu. Kalau dulu Tun Abdullah Badawi yang memang diketahui mempunyai latar belakang Islam tetapi imej yang ditonjolkan tidak "berlebihan' islamiknya mengalahkan 'ulama pondok' seperti Najib.

Sangat berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang nak cari dia pakai kupiah pun sangat susah sehingga saya difahamkan gambar dia berkupiah dalam buku karangan Ahmad Lutfi Othman "Mufti lawan Mahathir" telah dibeli dengan harga RM70 daripada wartawan. Itu pun ada yang kata gambar ini edit photoshop.

Sebenarnya trend "mengilamikkan" imej kepimpinan UMNO bermula di Kedah dalam projek menawan Kedah. Tak hairan jika kita lihat anak Mahathir yang anti kupiah ini telah bersama-sama menjayakan projek "mengulamakan" imej anak sendiri.

Kita ditonjolkan Mukhriz Mahathir dengan imej yang sangat warak sedangkan anak-anak Mahathir ini mengelumbang dengan syarikat judi dan arak. Perkara ini telah berjaya sehingga ada yang berbangga dengan Mukhriz yang prihatin terhadap agama Islam, malah boleh jadi iman solat!

Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena