Sunday, 6 April 2014

Ping Locator MH370: Kapal Ocean Shield Pula Kesan Isyarat Mungkin Kotak Hitam...

Ahad, 6 April 2014
PERKEMBANGAN Terbaharu dalam operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi menyaksikan kapal Australia Ocean Shield turut mengesan isyarat dari bawah permukaan air pada hari operasi mencari, Ahad
Pada Sabtu,  kapal China Haixun 01 dilaporkan mengesan isyarat berfrekuensi 37.5 kHz sesaat, dan dikatakan isyarat itu merupakan pengenalan yang selalunya di­keluarkan oleh kotak hitam pesawat penerbangan
Berikutan itu pesawat dan kapal operasi mencari dikerahkan ke kawasan di selatan Lautan Hindi di mana China mengesan isyarat detik tersebut dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370


Bagaimanapun menurut Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan
Mengenai operasi mencari MH370 pada Ahad ia melibatkan 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan kepada tiga kawasan carian berasingan iaitu kira-kira 2,000 kilometer ke utara barat Perth yang berjumlah 216,000 kilometer persegi
Cuaca di kawasan carian dijangka baik dengan asas awan 2,500 kaki dan penglihatan jelas lebih daripada 10 kilometer.
mysumber : kapal ocean shield pula kesan isyarat mungkin kotak hitam mh370 http://www.mysumber.com/kapal-ocean-shield-pula-kesan-isyarat-mungkin-kotak-hitam-mh370.html#ixzz2y6MMBNFC

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena