Tuesday 15 April 2014

Felixia Yeap - Tunggu Hidayah?... Apa kata produser terkenal...

Selasa, 16 April 2014

Felixia Yeap: Apa maksud "Saya Hanya Tunggu Hidayah"?


Semenjak model jelita 28 tahun yang pernah beraksi untuk majalah Playboy mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung miski pun dia bukan Islam dia menjadi liputan media, malah media sosial juga turut membuat ulasan.

Hampir setiap pergerakan Felixia telah menjadi buruan media kerana penukaran imej ini masih kekal bukan bersifat sementara sahaja.

Bila ditanya tentang memeluk Islam. Felixia menjawab dengan penuh ikhlas “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah”

Kata-kata Felixia Yeap menunggu hidayah menjadi tanda tanya adakah dia menunggu seseorang untuk membimbingnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. Setakat ini belum ada jawapan yang sahih.

“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Bagaimana hidayah akan sampai kepada Felixia, kita sama-sama tunggu dan lihat. Melainkan ada yang berusaha mencepatkannya!
DICATAT OLEH ABDULLAH OTHMAN 
Tempayan Retak

Tidak Logik jika seseorang Muslim itu masuk Neraka hanya kerana tidak Memakai Tudung - Raja Azmi
Pandangan dan kenyataan produser terkenal, Raja Azmi berhubung keperluan memakai tudung. Katanya adalah tidak logik jika seseorang muslim itu masuk neraka hanya kerana tidak memakai tudung. Apa pendapat anda? Jom tonton 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena