Thursday, 17 April 2014

Isteri tahanan PCA sarat mengandung dicekik polis... sebelum menahan suaminya!

Khamis, 17 April 2014

“30 polis serbu rumah, isteri tahanan PCA sarat mengandung dicekik”

KEADILAN DAILY

Nurul Shuhaida Teh_ 
PETALING JAYA : Nurul Shuhaida Teh, isteri tahanan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) berkata, dia dicekik anggota polis yang menyerbu rumah mereka ketika mencari suaminya, Tengku Arif Bongsu.

“Waktu itu jam 4 petang, saya berada di bawah (rumah). Enam daripada mereka masuk ke rumah dan yang lain tunggu di luar, waktu itu suami saya sedang tidur.

“Saya tanya mereka ada urusan apa. Tapi mereka suruh saya diam.

“Salah seorang daripada mereka mencekik leher saya dengan kuat dan mereka yang lain naik keatas (rumah) terus membawa suami saya keluar,” kata Nurul Shuhaida yang sarat mengandung dan hadir ke sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Kajang Perdana pada hari Ahad, 13 April lalu.
Nurul Shuhaida Teh ditemani ibunya, Khailiah Mohamad (tengah) dan Ketua Biro Kebudayaan & Kesenian Wanita KEADILAN, Dayangku Intan
Nurul Shuhaida Teh ditemani ibunya, Khailiah Mohamad (tengah) dan Ketua Biro Kebudayaan & Kesenian Wanita KEADILAN, Dayangku Intan

Difahamkan hampir 30 polis tidak beruniform dengan menaiki enam buah kereta menyerbu masuk rumah mereka dan menangkap suaminya, Tengku Arif Bongsu.

“Saya tanya mana mereka nak bawa suami saya. Mereka kata Tengku akan dibawa ke IPK dan tidak membenarkan saya mengekori mereka,

“Mereka hanya menunjukkan ID Polis dan tidak menunjukkan sebarang waran tangkapan,” katanya.

Tengku Arif merupakan seorang pemilik salah sebuah kafe siber sebelum ini pernah ditangkap dua kali dan menang dalam kes Mahkamah Tinggi kerana tiada bukti jenayah dalam pertahanan yang dibuat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena