Tuesday 15 April 2014

'This Ipoh' Ma...Peyokong Perak bergasak dengan JDT... di Stadium Perak malam tadi!

Rabu, 16 April2014

Pergaduhan Antara Penyokong Perak Dan JDT di Stadium Perak

BAS bawa JDT kena conteng. 
Di Baling...Aman...
Himpunan seterusnya..sebarkan !
Kecoh!... Kecoh!... kerana berebut sebiji bola...

Walaupun hujan malam ni rakyat tetap tidak berganjak... kerana harga getah jatuh teruk!

IPOH: Perlawanan Liga Super Malaysia yang melibatkan Johor Darul Ta’azim (JDT) sekali lagi menyaksikan kekecohan - kali ini di Stadium Perak, Ipoh pula pada malam Selasa dalam perlawanan dengan pasukan Perak.

Sungguh menyedihkan apabila penyokong kedua-dua belah pasukan bergasak dan bergaduh serta saling baling membaling apa sahaja yang ada di tangan.

Nasib baik lah tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya membendung kekecohan dan pergaduhan itu daripada berpanjangan.

Pada satu ketika, kira-kira 250 penyokong JDT terpaksa merempuh lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri mereka.

Malah selepas perlawanan tamat dan jam menunjukkan pukul 11.30 malam, penyokong JDT masih kelihatan berada di atas padang dan enggan meninggalkan stadium kerana khuatirkan keselamatan mereka.

Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya tiga penyokong berjaya ditahan polis.

Juga didapati penyokong tuan rumah turut membakar suar serta membaling mercun sejurus selepas tamat perlawanan.

Dalam kejadian itu, jurugambar NST, Supian Ahmad telah tercedera di lutut kanan terkena balingan batu ketika dia cuba merakamkan gambar kekecohan dari tempat duduk penyokong JDT.

Supian dilihat rebah selepas terkena balingan tersebut. Bagaimanapun dia berjaya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Bibit-bibit yang perlawanan malam tadi bakal mencetuskan kekecohan sudah dapat dirasai pada sebelah pagi apabila terdapat kesan contengan pada badan dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan itu.

‘Terdapat contengan 'This Ipoh' pada badan bas berkenaan ketika ia diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis telah menerima tiga laporan berhubung insiden contengan pada badan bas berkenaan.

Menurutnya laporan dibuat di Balai Polis Sungai Senam dekat sini.

Beliau menambah, terdapat juga satu laporan polis dibuat sebuah kereta Toyota Hilux milik pasukan JDT turut menjadi mangsa vandalisma itu.

FAM dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung insiden malam tadi hari ini.

BLM.

6 GAMBAR PARA PENYOKONG BOLA SEPAK PERAK MENGAMUK SEBAB KALAH 1-0 DITANGAN JDT SEHINGGA MENGUNDANG FRU GUNA WATER CANON DAN GAS PEMEDIH MATA.



Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurugambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.

Difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menyembur air untuk menyuraikan penyokong Perak di luar stadium.

Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.

Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh', pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.
Posted by 
Himpunan Derita Rakyat yang aman...
Photo: Segala Puji Bagi Allah..


Alhamdulillah..

Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0
 memberi isyarat yang jelas suara derita rakyat walaupun cuba di gelapkan pihak kerajaan

Kami bagi pihak penganjur , Badan Perhubungan PAS kedah merakamkan ucapan Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan himpunan ini

Insya Allah perjuangan membela nasib rakyat ini akan diteruskan sehinggalah kezaliman itu tunduk dan tertegak kebenaran serta keadilan...

Photo: Himpunan ditangguhkan untuk solat asar..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena