

Darul Runtuh!
BUMBUNG SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU RUNTUH
Omak Kau mendapat kiriman gambar menyatakan SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu runtuh sebentar tadi.
Dikhabarkan tiada kematian dan kecederaan .. Kerugian masih belum ditafsir lagi.
SMK Seri Nilam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kubang Tangga, Kuala Terengganu, Malaysia.
Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah
Ahmad Said letak jawatan, Razif MB baru Terengganu
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.
Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MB BARU TERENGGANU ANGKAT SUMPAH MALAM INI
MB T'ganu dilapor letak jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu malam ini.
Menteri besar dua penggal, Datuk Seri Ahmad Said pula dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu pada hari ini.


0 comments:
Post a Comment