Tuesday, 13 May 2014

Bukit Besi U-Turn... Habuan boleh selesai krisis Terengganu!

Rabu, 14 Mei 2914

Adun Bukit Besi Berjaya 'Dibeli' Semula



Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawatannya yang dihantar pagi tadi setelah mengadakan perjumpaaan tertutup dengan Perdana Menteri DS Najib Razak di Kuala Lumpur.

Beliau juga adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri bagi kouta Dungun. Dia ni tak lulus SPM sekadar menjadi kerani UMNO setelah dia dipecat ada penyelewengan tempat kerjannya.

Setelah menjadi exco tarbiat lama masih ada dan dia ada kes tetapi Ahmad Said telah membantu, itu emosi sangat dengan Ahmad Said. Tapi bila ada jaminan untuk kesnya ditutup dan ada imbuhan dia dikatakan akan menarik balik perletakkan jawatan dalam UMNO dan Adun Bebas.

Menurut sumber yang saya terima Perdana Menteri dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Adun BN Terengganu pagi besok untuk membuat penjelasan kenapa Ahmad Said dipecat MB.

Tindakan PAS yang cermat dalam isu ini amat disenangi kerana UMNO dengan Pitih (duit) rela mati mak bapak!! 

Kedudukan sekarang Dun Sekarang adalah PR/PAS 15 UMNO 15 Bebas 2 kerana Ahmad Said dan Ghazali masih dalam rundingan dengan YAB TS Muhyiddin di rumah kediaman Ahmad Said.

Tapi percayalah kedatyangan Muhyidin bukan datang dengan tangan kosong tapi dengan fail-fail Ahmad Said yang boleh membuat Ahmad Said merana seumur hidup!!

Percayalah Ahmad Said yang NELANG pun aku 'kecut batu' dengan Najib!! KAH KAH KAH

Ni jenis PITIH juga....
Kita tunggu dulu

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/ 




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.
"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.”
Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.
Awal pagi ini, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno.
Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).
DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi.
Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ‎akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena