Tuesday, 13 May 2014

Kita tidak berminat memujuk 3 wakil rakyat BN yang keluar parti - PJ Pas T'ganu

Selasa, 13 mei 2014
PAS: Krisis Perak takkan berulang di T'ganu 
PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat (kanan) pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.

PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

"Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.

Pada tahun 2009, tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat jatuh kepada BN dan menteri besar baru dari BN dilantik menggantikan menteri besar dari PAS.- mk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena