Monday, 19 May 2014

[Video] Perwakilan UMNO: Mau dok ajaq sikit...Jangan dok suruh rakyat makan ubi kayu...

Isnin, 19 Mei 2014





Pemimpin Bani Melayu Umno berbangga dengan kejayaan lepas yang dikecapi TETAPI bagaimana pula dengan keadaan sekarang? Apakah kejayaan yang dibawa oleh pimpinan Bani Melayu Umno kepada Rakyat Marhean? Apakah hasil bumi ini sama dirasa oleh rakyat? Apakah rakyat kini boleh berbangga dengan status negara maju? Majukah rakyat? Dimana kayu pengukur yang mengatakan kita maju? Tiada erti Kejayaan kepada Rakyat jika Rakyat sentiasa dihempit dengan kesusahan dan penderitaan hidup.






Seloka bidas menteri, ketua bahagian

28/03/2009
KUALA LUMPUR 27 Mac - Perbahasan wakil Kedah, Ismail Yaakob atau nama glamornya Man Pen dari UMNO Bahagian Langkawi mencuit hati perwakilan dengan seloka beliau yang menyentuh pelbagai isu.
Antara isu yang disentuh dalam seloka berkenaan ialah pelbagai masalah di UMNO bahagian, kerenah menteri, isu kenaikan harga gula, minyak dan beras serta masalah tempatan warga Pulau Langkawi.
Seloka berkenaan mendapat sorakan dan tepukan gemuruh selain gelak ketawa di kalangan perwakilan.
Berikut ialah seloka yang disampaikan oleh Ismail:

Pulau Langkawi memang syurga membeli-belah,
tapi sejak minyak dok naik turun,
barang-barang tak lagi murah.

Datuk Pengerusi, izinkan saya berucap dalam bahasa tua,
dalam bentuk prosa saya tak sedap nak mengata,
saya nak hayun dalam bentuk seloka,
apa yang saya nak kata semuanya betul belaka.

Saya minta maaf jika hujah saya tersangkut-sangkut,
Jangan pula tuan-tuan dok baling saya dengan kasut,
Saiz 10 kalau kena kat muka tak harus nak sebut,
Pasal dibuat daripada kulit bukan daripada sabut.

Yang Amat Berhormat Presiden, lepas bersara jom kita pi Langkawi,
Kita pekena kerabu berundur, air Tongkat Ali,
Biar badan cergas urat-urat keras macam besi,
Kalau tak percaya tanya Datuk Det atau Datuk Nawawi.

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan ataupun kiri,
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi.

Ramai ahli-ahli kita yang rasa terharu,
Kerana menyambut kedatangan tahun baru,
Persidangan agung kita pun kena tunda 12 minggu,
Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun sudah tinggal buku.

Tahun 2008 dah jadi 2009,
Dulu rambut hitam la dah beruban,
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan,
Tu pun tak mahu lepas jawatan Ketua Bahagian.

Ada sesetengah ahli tak ambil langsung kisah,
Ketua bahagian bertukar pun dia tak berubah,
Orang dok tabung duit kira nak pi Mekah,
Dia dok simpan kira nak menikah.

Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa,
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa,

Teguran akar umbi kita tak ambil kira.
Pemimpin kita yang sudah punyai kuasa,
Dia tamak pula nak jadi kaya-raya,

Yang dah kaya-raya berebut pula nak pegang kuasa,
Last sekali Batu Putih pun kita putih mata.

Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah,
Ada saja isu menteri dok cari helah,
Menyebabkan rakyat tak tentu arah,
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah.

Contoh, bila bayaran elektrik sikit naik atas,
Menteri kata jangan pakai 'air cond' pakai kipas,
Yang ada kipas elektrik dia suruh pakai kipas kertas,

Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.
Dalam pasaran dulu susah dapat gula,
Kita minta sekilo dia bagi secamca,

Ibu tunggal di kampung dah seminggu tak berniaga,
Menteri kata gula kencing manis, kesihatan kena jaga.

Bila minyak pula mula-mula naik harga,
Menteri suruh kita berkongsi kereta,
Dia suruh pi kerja naik basikal atau beca,
Perkhidmatan awam tak tambah tambah infrastruktur.

Menteri kata bulan Ogos baru minyak naik harga,
Tak dan bulan lapan naik terus lepas bulan dua,

Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,
Ikut kata depa cakap macam burung kakak tua.

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,
Tak dan dua hari dia bubuh gear gostan,
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan.

Harga beras kekal macam selalu,
Jangan dok suruh rakyat makan ubi kayu,
Takut badan tumbuh bulu,
Habis semua pakat berhimpun dok dalam zoo.

Menteri Pelancongan mailah sekali dua kala kat Langkawi,
Kita pekena kerabu Lat Tut kalau tak mau air Tongkat Ali,
Kami bermasalah besar dengan perkhidmatan feri,
Kira dok penaik harga Langkawi dah jadi sunyi.
Laluan feri Langkawi kementerian dah kunci,
Syarikat lain nak buka depa tak bagi,
Maka jadilah dipanggil sistem monopoli,
Perkhidmatan mereka ikut suka hati.

La ni kerajaan kata nak jimat belanja,
Kursus-kursus di Langkawi dan Pulau Pangkor kena batal saja,
Banyak calet-calet Melayu kena tutup kira-kira,
Dan ramai pulaklah yang tak ada kerja.
Longgar sikitlah Datuk Najib kat Pulau Pangkor dan Langkawi,
Biar depa boleh cari sikit rezeki,
Bila tak ada kerja gerenti anak dok tambah lagi,
Kalau biar lama-lama pun UMNO boleh mati.

Dasar pelajaran kita banyak yang celaru,
Bahasa Inggeris pun depa nak suruh ajar dalam Bahasa Melayu,
Banyak sekolah luar bandar kurang cikgi dan cikgu,
Yang jadi mangsa murid-murid Tahun Satu.
Pelajaran sejarah utamakan semula,
Supaya semua kaum tahu usul asal mereka,
Jelaskan UMNOlah yang tuntut merdeka,
Dengan keistimewaan Melayu parlimen beraja.
Kat Menteri Pertahanan saya nak pesan,
Jangan mudah kita termakan umpan,
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,
Buktinya kita kalah di pilihan raya kecil di dua kawasan.
Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya,
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya,
Kalau dah tau jalan tu bahaya dok buat buat apa,
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga.
Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,
Orang gempak sikit menteri terus ikut,
Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam-kabut,
Menjadikan rakyat dah mula rasa takut,
Setengah menteri kita bila dah pegang jawatan,
Kita minta tolong dia kata ni parti lain daripada kerajaan,
Cukup tiga tahun mai musim pemilihan,
Depa pi ke bahagian perwakilan buat tak hairan.
Tuan-tuan ingat apa yang saya kata ni di atas nak peduli,
Dia masuk telinga kanan dia keluar telinga kiri,
Kita nak pi jumpa dia, dia tanya ada buat appointment dengan secretary,
Kita juga mai dengan AirAsia balik naik lori.
Saya ada buat appointment jumpa seorang menteri,
Saya terlewat 10 minit pederas dari Langkawi,
Depa suruh saya tunggu dari pagi sampai rehat tengah hari,
Lepas tu setiausaha dia kata Datuk sibuk petang ni jumpa lain kali.
Ramai ketua bahagian rasa amat kecewa,
Kerana tak dicalon dalam pilihan raya,
Kepada parti mereka tidak menderhaka,
Cuma hari mengundi depa tak buat apa.
Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati,
Depa setuju pakat buang pangkah undi,
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi,
Mai keputusan pi lima buah negeri.
Seorang sahabat saya Datuk Rahman Bakar,
The Giant Killer kita juga gelar,
Pilihan raya 2008 namanya tak keluar
la ni dok pakai kain jarang pakai seluar.
Yang Amat Berhormat Datuk Najib, ini pelajaran yang pertama,
Sebelum tentu calon risik-risik dan banyak bertanya,
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima,
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga
Jangan pula kerana nak menang satu kerusi,
Sesama kita pakat dok lawan berdengki,
Fitnah-memfitnah Allah sangat benci,
Ingat samalah kita ni tak lama lagi nak mati.
Setengah kita cari makan dok ampu,
Tak dan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Bos pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat envelope besar dia sapu.
Tuan-tuan dan puan-puan jangan dok ketawa,
Memang ini dok berlaku di antara kita,
Tetapi di dalam dewan ini semua baik-baik belaka,
Yang saya dok kata hak di luar tu sebanyak tiga juta.
Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang,
Orang dok bercakap UMNO dan politik wang,
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang,
Alamat UMNO nak jatuh terkangkang.
Tetapi seorang kawan saya pula berkata,
Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,
Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,
Anak bini di rumah kena juga jaga.
Kalau bagi tentu salah,
Kalau tinggal takut kalah,
Bagi sikit depa marah,
Bagi banyak kita pula parah.
Apa pun Malaysia kita sudah berjaya,
Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,
Pak Lah pula tambah dengan suruhanjaya,
Dok cari yang rasuah di kalangan kita.
Di Negeri Kedah kami jadi pembangkang,
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang,
Kita dah sah ikut depan tak dia syok ikut belakang,
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang.
Bangsa kita dulu ni memang kaya-raya,
Kita ada negara yang digelar empayar,
Kerana tak bersatu fitnah-memfitnah antara kita,
La ni dah tinggal sekangkang kera.
Mulai sekarang kita mesti berusaha,
Sikit berpolitik banyak buat kerja,
Kalah atau menang kawasan mesti jaga,
Baru boleh dapat balik lebih dari dua pertiga.
Dan kita sesama kita mestilah bersatu,
Supaya kita kuat dan keras macam batu,
Sebelum bertindak kaji selidik dahulu,
Melaksanakan undang-undang jangan pilih bulu.
Warga Langkawi kami tak mudah lupa,
Kepada Tun Mahathir yang banyak berjasa,
Bila dia keluar UMNO ramai yang jatuh air mata,
Sanggup jadi ahli walaupun dia tubuh parti cap bola.
Tun di Langkawi macam Pak Lah di Kepala Batas,
Nak main kerja parti pun tak ada tempat dah nak buat pentas,
Jalan berselerak ikut bawah dan ikut atas,
Pasal jaga kawasan Pak Lah A Kelas.
Lazimnya harimau mati meninggalkan belang,
Gajah pula mati meninggalkan tulang,
Saya pencen sampai la tak habis bayar hutang,
Pak Lah nak berhenti selesai tuntutan Limbang.
Kepada Pak Lah kita ucapkan selamat bersara,
Junjung dan kasih beraga-raga,
Banyaklah berehat bersama keluarga,
Ada masa lapang pi ke Kuala Kedah makan laksa.
Kepada Datuk Najib kami sandarkan harapan,
Dalam UMNO Datuk buatlah pembaharuan,
Perkasakan Melayu dalam bandar raya dan pekan,
Kembalikan keyakinan rakyat pada Barisan.
Datuk Najib tolonglah kami negeri yang susah,
Negeri tak berapa kaya lagi dah kalah,
Kalau tak boleh lima, sorang dua pun cukuplah,
Sebagai menteri penuh dari negeri Kedah.
Segala yang baik datang dari Allah,
Yang tak baik dari saya sendiri,
Maafkan saya segala tersilap dan salah,
Jangan dibawa balik tinggal kat dewan ni.
Di Langkawi ada sebuah pulau namanya Pulau Tuba,
Kalau boleh Datuk Najib buat jambatan jalan dua hala,
Saya gerenti merecik pelancong nanti terpa,
Ayam bulu balik makan pagi raya,
Insya-Allah Kedah dapat balik sekali lagi pilihan raya.

Utusan Online


May 16 


kosong kosong kosong...janji bankrup kan Malaysia adalah..


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena