Thursday, 15 May 2014

Awek cun! “Ini Dyana lah,” Pengundi muda Melayu/Umno ikrar sokong Dyana Sofya...

Khamis, 15 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Sofia tidak gentar, “Ini Dyana lah…”

Dyana SofyaSHAH ALAM 15 MEI: “Ini Dyana lah,” tulis Dyana Sofia Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika memberikan reaksi serangan blogger Umno dengan penyebaran gambar untuk memburukkan reputasinya.
“Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah.
“Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium,” tulis beliau di Twitter.
Dyana merupakan antara nama yang disenarai pendek oleh DAP untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei. Dyana twitWalaupun hanya baru cadangan, namun Diana yang berumur 27 tahun dilihat mewakili golongan anak muda yang mampu memberikan ancaman politik kepada calon Barisan Nasional.
Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gusar dengan sebarang tekanan.
Dyana dalam tulisannya ‘Satu Jam bersama Obama’ berkata, anak muda harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik dengan melibatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
“Anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia.
“Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa yang disegani,” tulisnya.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata DAP akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
 
Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal 27 Mei dan hari pengundian pada 31 Mei.
Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.



Teluk Intan: Pengundi muda Melayu ikrar sokong DAP

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Walaupun masih belum mengumumkan siapa calon yang akan diletakkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, DAP setakat ini dilihat lebih ke depan berbanding Barisan Nasional (BN) apabila kebanyakan pengundi muda Melayu menyatakan sokongan terhadap parti itu, lapor Roketkini.

Tinjauan Roketkini di kawasan Melayu di Dun Changkat Jong setakat ini menyaksikan kebanyakan mereka yang ada di antaranya memberi undi kepada BN dalam PRU lalu mula beralih arah dan yakin dengan kepimpinan DAP.

Muhammad Noor Esma Hafiz berkata, walau BN meneruskan taktik lama mereka menerusi cara kotor, beliau yakin DAP tetap akan kekal di Teluk Intan berikutan kesungguhan dan agenda kerja mereka yang jelas mementingkan rakyat daripada segalanya.

“Pada saya, DAP merupakan pilihan terbaik di sini. Saya tidak menilai dari personaliti atau luaran, tapi berdasarkan kerja keras saban hari selama memegang kerusi ini yang membuktikan keikhlasan mereka," katanya.

Menurutnya, hampir semua pemimpin DAP, termasuk mendiang Seah, sentiasa mengambil kira permasalahan rakyat tanpa mengira warna kulit atau agama.

Bagi Mohd Mokhtar pula, antara sebab mengapa beliau yakin terhadap DAP adalah komitmen kuat parti itu dalam menuntut keadilan.

“Isu terhangat setakat ini, seperti kita sedia maklum adalah bagaimana BN cuba memutuskan ikatan antara PAS dan DAP melalui hudud dengan harapan lebih ramai Melayu menyokong mereka.

“Tapi ia tidak akan membawa sebarang kesan kerana kebanyakan sedar bahawa persamaan antara kedua parti lebih banyak berbanding perbezaan.

“Antara persamaan itu adalah kesungguhan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua, itu tidak pernah lari. Kerana itu, Teluk Intan wajar dikekalkan di tangan Pakatan Rakyat dengan memberi kemenangan untuk DAP,” kata pemuda berusia 27 tahun yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan di sana.

Bagi graduan Politeknik Tanjung Malim yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham pula, beliau memilih DAP kerana mahukan perubahan dan muak dengan janji- janji kosong “menanam tebu di tepi bibir” BN.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. -HARAKAHDAILY 15/5/2014

Photo: Semua Di Jemput Hadir Beramai Ramai

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena