Friday 5 September 2014

SAFWAN ANANG (Bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia) ke PENJARA...

Jumaat, 5 September 2014

SAFWAN ANANG KE PENJARA

Bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu.

Hakim Norsyaridah Awang membuat keputusan itu selepas tertuduh didapati bersalah dan pembelaannya adalah penafian semata-mata.


"Pada masa yang sama, pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh mempunyai kecenderungan untuk menghasut," kata beliau.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhammad Safwan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam.
Lantak HANDPA La.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena