Thursday 4 September 2014

Sultan S'gor Kena Tunggu Lagi 48 jam...Keranamu PKR!

Jumaat, 5 September 2014

Kerana PKR. Sultan kena tunggu 48 jam

Sebenarnya PKR ni parti hebat... memang hebat tahap tertinggi. Sultanpun terpaksa tunggu 48 jam untuk dapatkan dua lagi nama calon MB Selangor. Fuyoooo... best la you Saifuddin... !!!

PKR akan memberi maklum balas kepada surat dari istana yang meminta dua lagi nama ADUN mereka sebagai calon menteri besar dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata partinya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan langkah seterusnya yang bakal diambil parti itu.

"Insya-Allah dalam masa terdekat (kami jawab).

"Dalam tempoh 48 jam parti akan memberi maklum balas kepada istana," kata beliau kepada media selepas mesyuarat biro politik PKR di ibu pejabat parti itu hari ini.

Kerajaan Rakyat.

PKR jawab istana dalam 48 jam

Bagaimanapun Saifuddin enggan menyatakan apakah langkah seterusnya yang bakal diambil PKR itu.

PKR dan DAP sebelum ini menghantar nama Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Sultan Selangor semalam menghantar sepucuk surat meminta dua lagi nama calon menteri besar dari parti itu.

Harakahdaily pula melaporkan hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan dan menyatakan nama itu terus dihantar ke istana 3 September lalu.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu ini bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kami bincangkan (pelbagai) senario. Pertama ialah PAS hantar wakil (calon menteri besar) dari PAS.

"Kedua tadi Mustafa kata hantar dua nama PKR dan satu PAS. Kami turut bincang senario ini sebab dua nama dari PKR itu kami pun tak tahu siapa.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau selepas mesyuarat hampir empat jam itu.

Bagaimanapun Saifuddin menegaskan semua ADUN PKR memberi sokongan penuh kepada Wan Azizah.

"Kedudukan kami kekal iaitu semua adun PKR beri sokongan kepada Wan Azizah sepertimana akuan bersumpah 14 Ogos," kata beliau.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena