Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Dr Tanaka Mustafa.
BAJET 2015 BAJET ORANG KAYA
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya tak mahu ulas lagi mengenai projek Lebuh-lebuh raya dan MRT yang menelan puluhan bilion ringgit. Biarpun projek ini adalah untuk meningkatkan kemajuan infratsruktur, ia akan mengkayakan orang yang sedia kaya - yakni kontraktor kroni serta yang berkaitan dengannya.
2) Saya mahu sentuh bahagian bonus 1/2 bulan gaji kepada penjawat awam. Sekali dengar, seronoklah para penjawat awam, akan menikmati gula-gula 1/2 bulan bonus awal tahun depan.
3) 1/2 bulan gaji hanyalah untuk keseronokan orang kaya. Orang yang bergaji besar. Gaji sebulan RM20 ribu, januari 2015 akan jadi RM30 ribu. Orang bergaji 10 ribu, akan dapat RM15ribu awal tahun depan. Tapi penjawat awam bergaji RM1200, awal tahun depan akan dapat RM1800. Bonus RM600... sama mcm BR1M saja.
4) Sama mcm one off BR1M. Orang bergaji besar, bonusnya besar. Jadi, Bajet ini sebenarnya untuk raikan orang kaya. Yang selalu sebut "bersyukulaa dapat juga 500...drpd tak dpt langsung.. sayang DS Najib...muuaaahhh..." adalah yg dapat bonus kecil.
5) Bukan tak mahu berterima kasih. Sepatutnya perangkaan pemberian bonus, mestilah meraikan golongan berpendapatan rendah, untuk survive dalam era raionalisasi dan pemotongan subsidi.
6) Sepatutnya orang bergaji RM20ribu dapat bonus RM600, yang bergaji RM1200 dapat bonus RM10ribu. Baru mesra rakyat. Ini contoh sahaja. Mesti pandang rakyat bawah yang menderita. Baru Ketua Pembangkang pun akan kelu membisu tak tau nak kondem apa-apa.
7) Pegawai kerajaan yg tinggi-tinggi goyang kaki goyang telor, dapat bonus ribu-ribu. Penjawat awam bawahan kerja bagai nak rak, terpaksa ada side business untuk tampung perbelanjaan... dapat bonus RM500, RM800... One Off sahaja. Jika ada penstrukturan semula gaji adalah lebih baik drpd bonus one off.
8 ) Inilah hasilnya apabila mamat keturunan bangsawan jadi PM. Mana laa nak nampak orang bawahan. Tak pernah pun selami susah payah orang bawahan. Duk berasa megah konon Bajet bagus dan power. Oghe kapung maki,mung dop tahu!
Sekian.
Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Mohd Noor.
Kita dapat apa.. Kita dapat tengok je..
Dia 'PERMATA' Hatiku dapat RM711 juta peruntukkan.
Tapi Kami semua dapat susah.. Minyak naik, barang naik.. Semua Naik..
Tksh PM.
Dia 'PERMATA' Hatiku dapat RM711 juta peruntukkan.
Tapi Kami semua dapat susah.. Minyak naik, barang naik.. Semua Naik..
Tksh PM.
0 comments:
Post a Comment