Tuesday, 7 October 2014

BR1M 4.0 naik RM950?...Siap kau "Tunggulah p'raya", amaran Mahathir kepada Najib! 'Main kasar neh'

Rabu, 8 Oktober 2014

BR1M 4.0 naik menjadi RM950



Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal menikmati kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M 4.0 tahun 2015.

Sebelum ini, pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada ketika BR1M 2.0 iaitu RM500 kepada RM650.

Ini bermakna tahun depan penerima BR1M 4.0 akan menerima RM950.

Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Sumber: http://www.bnbbc.my/2014/09/10/tambahan-rm300-untuk-penerima-br1m-tahun-depan/

Tunggulah p'raya, amaran Mahathir kepada Najib - HARAKAHDAILY



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Menulis di blog beliau, Mahathir berkata, biarpun kerajaan menerima teguran beliau secara terbuka sebelum ini, namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dibuat.

Beliau berkata, Najib mungkin hanya akan sedar tentang kebenaran teguran beliau itu apabila diuji pada pilihan raya.

"Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas," katanya.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri yang menyaksikan pernah menang besar dalam PRU 2004.

Namun pada PRU 2008, BN kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat.

"Sepatutnya pengganti (Najib) memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak.

"Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau turut memberi peringatan kepada Najib bahawa mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.

- HARAKHDAILY 7/10/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena