Tuesday, 7 October 2014

Pesta Arak Octoberfest bermula sejak abad ke-19 zaman UMNO lagi...Iklan Palsu Memburukkan PR!

Selasa, 7 Oktober 2014

Iklan Pesta Arak Oktoberfest Palsu Kerja Dirancang Pihak Tertentu Untuk Memburukkan Pakatan Rakyat

Khalid: Iklan Oktoberfest palsu, hasil kerja ubahsuai Photoshop

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa iklan Oktoberfest yang dipapar di beberapa kawasan di Lembah Klang adalah palsu dan hasil kerja ubahsuai Photoshop.


Beliau berkata, segala iklan dipasang juga kerja dirancang pihak tertentu yang tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Iklan billboard sebenarnya tiada, Kononnya ada di Shah Alam sebenarnya tiada, Ia adalah hasil kerja ubahsuai Photoshop pihak tertentu.

“Ini kerana bila kita rujuk kepada MBSA, memang ia (MBSA) tidak meluluskan,” katanya ketika ditemui di ruang legar Parlimen hari ini.

Meskipun begitu, tambah Khalid, program itu tidak seharusnya dihalang sekiranya diadakan di tempat yang sesuai dan tidak membabitkan kehadiran orang Islam.

“Islam tidak menghalang orang bukan Islam untuk memakan atau meminum bahan makanan yang tidak diharamkan oleh agama mereka tetapi biarlah dibuat di tempat yang sesuai dan orang Islam tidak dijemput untuk hadir.

“Saya syorkan kita ikut cara Islam iaitu tidak menghalang ia dibuat tetapi mesti di tempat yang sesuai dan bukan di kawasan orang Islam ramai contohnya kampung orang Melayu Islam, masjid, surau dan sebagainya,” katanya yang beranggapan kompleks membeli-belah itu sesuai dengan program berkenaan.

Khalid juga menyelar pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dalam isu berkenaan.


“Ada pihak yang mengatakan ini negara majoriti Islam dan program ini perlu diharamkan, itu bukan ajaran Islam.

Ada pihak yang cuba nak mencari isu mengatakan ini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak mengikut cara Islam, mereka perlu menunjukkan dalil (bukti),” katanya.

selangorkini
Ikatan Muslimin Malaysia.jpg

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sengaja Besarkan Isu Pesta Arak Oktoberfest, Papan Iklan Pesta Arak Oktoberfest Tidak Wujud

ISMA antara terawal bantah

ISMA, sebuah NGO lantang Melayu, antara yang mula-mula menyatakan bantahan mereka terhadap pesta itu.

Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Norlida Kamaruddin dalam laman web rasmi ISMA 29 September lalu dilaporkan menggesa pihak berwajib menghentikan festival itu.

Beliau antaranya membangkitkan kesan buruk akibat amalan minum arah yang mana “negara kelak terpaksa mengeluarkan kos untuk menyelesaikan masalah yang dibawa”.

Pada 2 Oktober, ISMAWeb melaporkan Khalid sebagai berkata, penganjuran Oktoberfest tidak boleh dihalang ekoran Malaysia sebuah negara majmuk.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Laman web sama kemudian mendapatkan reaksi Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim yang dilaporkan berkata, kenyataan Khalid berhubung itu itu menggambarkan beliau tidak ghirah (cemburu) dengan perkembangan yang mencabar ketuanan Islam.

selangorkini

Kononnya Nak Jerat PR.. Akhirnya BN Sendiri Yang Terjerat


Kerajaan Selangor menafikan meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.


Exconya Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco.

"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar.“Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya.

Pesta turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan TemerlohNasruddin Hassan.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi. Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir. ~malaysiakini
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena