Monday, 4 May 2015

Anak-anak muda digari...'Diam bukan satu pilihan untuk kita'

Isnin, 5 April 2015

'Diam bukan satu pilihan untuk kita'

 
  ULASAN Pemandangan di mana anak-anak muda digari dan dirantai, memberi kesan yang mendalam terhadap ramai di antara kita yang melihat mereka dalam keadaan begitu.

Saya masih ingat ketika cuba untuk menenangkan mereka dengan berkata bahawa saya juga pernah ditangkap. Tetapi bunyinya seolah-olah kosong.

Saya mempunyai pasukan peguam dan rakan-rakan di sisi saya. Saya tidak digari dan dirantai. Mereka sendirian, dan saya tidak akan lupa akan bayangan rasa takut di mata mereka.

Peguam kemudiannya tampil untuk membantu mereka. Tetapi bagaimana keadaannya jika kita tidak ada di sana?

Dan apakah kesalahan mereka? Mungkin sebahagian daripada mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan yang sama - tetapi begitu juga dengan 10,000 yang lain

Sesetengah daripada mereka berkata mereka duduk dan minum-minum pada masa itu, selepas perhimpunan tersebut sudah berakhir, apabila mereka dicekup polis .

Perhimpunannya aman. Tidak ada yang cedera. Rakyat berseronok. Polis mempermudahkannya dengan baik. Ya, terdapat mercun dan satu dua bom asap, yang sepatutnya boleh ditangani pihak polis di tempat kejadian itu sendiri. Tidak lebih lagi daripada itu.

Anak-anak muda ini tidak memaksa sebuah tempat ibadat menurunkan tanda salib. Mereka tidak minta kitab-kitab suci dibakar. Mereka tidak membuat komen yang rasis dan pelampau. Namun mereka dilayan seperti penjenayah.

Saya terserempak dengan beberapa daripada mereka pada hari berikutnya apabila saya dihantar untuk diambil gambar dan cap jari.

Saya agak mereka juga berada di sana untuk diambil gambar dan cap jari. Adakah ini perlu?

Mereka masih kelihatan kebingungan dan bersendirian. Malah sebahagiannya tidak menghubungi keluarga masing-masing.

Pagi itu majistret telah mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap mereka. Tiga hari? Untuk apa? Untuk menakutkan mereka? Untuk menghukum mereka?

Anak-anak ini (dan saya memanggil mereka anak-anak kerana saya mempunyai anak sebaya mereka) tidak akan serupa lagi selepas pengalaman trauma ini.

[Baca berita penuh/asal]


DATUK AMBIGA SREENEVASAN adalah bekas pengerusi Majlis Peguam. Beliau juga ditahan semalaman berkaitan perhimpunan anti-GST.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena