Monday, 4 May 2015

BN kini dilihat goyah...PR harapan cerah ambil alih Putrajaya

Isnin, 4 Mei 2015

Bekas Tim Menteri: Pakatan Rakyat harapan cerah ambil alih Putrajaya

Oleh: HAFIZAN TAIB

pakatan rakyat putrajaya naeem
PERMATANG PAUH, 4 MEI: Dengan perubahan senario politik negara masa kini, Pakatan Rakyat (PR) mampu mengambil alih Putrajaya dan menjadi kerajaan pada masa hadapan menggantikan Barisan Nasional (BN).

Bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, berkata PR berkemampuan untuk itu berikutan ketika ini memainkan peranan utama selaku pembangkang kuat serta menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen.

pakatan rakyat putrajaya naeemKatanya, senario perubahan juga berlaku kepada tamadun dunia seperti mana berpandukan perubahan kuasa dunia pada masa dahulu sehingga kini.

“Tamadun akan datang persekitarannya di Lautan Pasifik terletaknya China, Jepun, Korea, Australia termasuk negara kita, Malaysia.

“Serupa juga dengan parti politik, dulu kita ada Perikatan sebagai kerajaan masa lalu, sekarang di bawah BN (kerajaan ketika ini) yang mana mulai 2004 merosot hingga hilang majoriti hingga 2013.

“Bagi saya ianya berterusan dan saya yakin dengan kepimpinan muda seperti Mohamed Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan ramai lagi sudah memainkan peranan utama selaku pembangkang negara maka pada suatu hari nanti kita (PR) berubah kepada kerajaan masa hadapan,” katanya selepas majlis Forum Anak Muda di Seberang Jaya, di sini, semalam.

Bekas Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, kerajaan baik kekal lama seandainya menjaga kebajikan rakyat dan negaranya.

Katanya, ia berbeza seperti mana BN kini dilihat goyah akibat gagal memainkan peranan sebagai kerajaan adil akibat pelbagai penyelewengan berlaku hingga memenjarakan musuh politik ke penjara.

“Cara begitu tidak kekal. Yang paling kekal apabila sesebuah kerajaan menjaga kesejahteraan dan kesempurnaan rakyat serta negara, ia berkekalan.

“Dalam erti kata lain, BN boleh kekal jika berbuat demikian, begitu juga dengan parti yang mengambilalih nanti,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena