Tuesday 5 May 2015

Kadar PENGANGGURAN meningkat 3 bulan berturut-turut...K'jaan BN pulak beku ambil penjawat awam baru?

Selasa, 5 April 2015

BERITA BAIK.. KERAjaan BN telah bekukan jawatan baru di SEMUA KEMENTERIAN berkuat kuasa 22 April 2015...

Seramai 880,000 rakyat M'sia di bawah KERAjaan BN BAKAL JADI PENGANGGUR !!!

APA DAH JADI DENGAN 'Aku Janji BN-PRU13' yg menjanjikan 3.3 juta peluang pekerjaan baru. Spt biasa JANJI DICAPATI...


p/s: Angka 880,000 itu kebanyakannya penganggur pemegang sijil SPM shj... Belom termasuk lagi JUMLAH PENGANGGUR dari kalangan pemegang Ijazah & ke atas.. INILAH BUKTI KANTONG DUIT KERAJAAN SEMAKIN KONTANG !!!

#PRKPermatangPauh #PRKRompin #KakWan4PP

K'jaan beku ambil penjawat awam baru?



Sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan, termasuk kementerian pelajaran, polis dan tentera, dikatakan diberitahu untuk berhenti mengambil pekerja baru.

Perkara itu berdasar pekeliling “inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum” bertarikh 22 April, lapor Sin Chew Daily.

Bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam memberitahu harian itu bahawa jawatan “kritikal” dalam kerajaan masih terbuka kepada permohonan.

Mahmood juga berkata pihak diwawancara untuk program praperkhidmatan sebelum 22 April tidak akan terjejas.

Mahmood enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi memberitahu peluang pekerjaan yang diiklankan sebelum tarikh itu juga tidak akan dibatalkan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah pembuat keputusan (dalam perkara ini), SPA hanya pelaksana arahan.

“Jadi, butiran lanjut patut dirujuk kepada JPA,” beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 2 Mei lalu, laman pembocor maklumat Sarawak Reportmenyiarkan sebahagian pekeliling itu.

Malaysia mempunyai 1.4 juta penjawat awam, yang meliputi 10 peratus daripada tenaga kerja dalam negara.

Malaysia juga mempunyai nisbah penjawat awam antara yang tertinggi di dunia.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena