Apa kata geng "JEBON" yang kalah pemilihan semalam...!!
"Saya rasa itu kita beri peluang kepada pemimpin yang baru kerana setiap pimpinan baru, mereka ada visi mereka dan pendekatan mereka yang mungkin lebih sesuai pada hari ini.
"Jadi saya rasa beri peluang kepada mereka untuk membuktikan. Itu adalah mandat yang telah jelas ditunjukkan oleh perwakilan kepada pimpinan baru," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada barisan kepimpinan baru PAS, yang dikawal penuh kumpulan proulama, bakal menjelaskan hubungan dalam Pakatan.
"Yang tentukan sama ada PAS terus bersama Pakatan bukan bergantung kepada siapa ulama atau bukan ulama.
"Bagi saya, keputusan muktamar itu dipatuhi dan tidak ada sebarang lagi keputusan baru tentang Pakatan.
"Saya rasa siapa pun yang dipilih akan memastikan bahawa PAS tetap bersama Pakatan," katanya.
Selain itu ditanya sama ada pemilihan kali ini "kotor" apabila wujudnya 'chai' di saat-saat akhir, beliau menafikan perkara itu.
"Tidak sampai kotor sebab mereka memilih pimpinan yang mereka mahu. Ini hak demokrasi dalam PAS," katanya.
Hatta 'pura-pura gembira'
Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa Pusat Dr Hatta Ramli pula berkata, beliau akan terus memberi khidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi menganggotai kepimpinan parti itu.
Ini kerana, beliau berkata selaku ahli parlimen Kuala Krai beliau mempunyai tugas untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasannya yang terjejas akibat bencana banjir.
Selain itu, ketika ditanya sama ada dengan kepimpinan baru masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu akan menjauhi PAS, Hatta berharap agar perkara itu tidak berlaku dan meminta barisan jawatankuasa baru dapat meneruskan tugas merapatkan hubungan dengan golongan tersebut.
"Kita harus terima keputusan tersebut. Walaupun ada rasa terkilan atau sedih, itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan. Yang penting, yang menang akan berusaha untuk perkuat parti, yang tak menang memberi sumbangan sewajarnya. Sumbangan tersebut tak terhenti hanya kerana tidak terpilih.
"Saya tetap ada dan masih mempunyai peranan di dalam parti sebagai ahli. Dan saya akan teruskan berkhidmat di kawasan saya di Kuala Krai yang teruk akibat banjir. Sebagai ahli politik, saya tak rasa ada masa untuk berehat terutamanya ketika menang dan juga kalah.
"Saya harap yang bukan Islam dan bukan Melayu akan tetap menerima kita (PAS) seperti sebelum ini dan saya harap jawatankuasa yang baru ini akan meneruskan kerja-kerja yang baik terutamanya dalam menghubungkan antara PAS dan bukan Islam serta bukan Melayu," katanya.
Sebelum memasuki sidang muktamar, Hatta secara berseloroh berkata, beliau juga perlu menunjukkan mukanya pada hari ini walaupun terpaksa berpura-pura gembira.
"Saya perlu tunjukkan muka saya di sana (muktamar) dan berpura-pura saya gembira," kata Hatta sambil ketawa.
Khalid Samad doa yang terbaik
Seorang lagi bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad pula berkata, beliau berharap agar barisan kepimpinan yang baru dapat membawa parti Islam itu ke satu peringkat baru yang lebih tinggi.
Malah, ketika ditanya sama ada barisan kepimpinan baru dapat merapatkan hubungan dengan kaum bukan Islam, ahli parlimen Shah Alam itu berkata beliau berharap supaya perkara tersebut dapat dilakukan oleh jawatankuasa yang baru.
"Kami mengucapkan tahniah kepada yang menang, kami doakan yang terbaik untuk mereka dan harap dapat membawa parti ke tahap yang baru.
"Saya rasa mereka mampu melakukannya dengan baik. Itulah masalah dengan kepimpinan yang baru (masalah dengan golongan bukan Islam) dan perkara itu yang perlu mereka selesaikan. Bagi mereka peluanglah.
"Saya harap mereka dapat membawa PAS ke satu peringkat yang tinggi. Kami dah buat bahagian kami untuk bawak sampai ke peringkat ini," katanya.
Umno yang 'boo'?
Sementara itu, seorang lagi bekas jawatankuasa yang tidak terpilih Hanipa Maidin berkata, peluang perlu diberi kepada barisan kepimpinan yang baru untuk melaksanakan kerja mereka.
Selain itu, di tanya mengenai kejadian 'diboo' semalam, ahli parlimen Sepang itu berkata perbuatan itu kebiasaannya dibuat oleh Umno dan beliau khuatir sekiranya terdapat terdapat ahli Umno dalam muktamar tersebut.
"Saya bukan 'diboo' oleh perwakilan tetapi pemerhati. Mungkin ada ahli Umno di sana, kita tidak tahu," katanya berseloroh.
0 comments:
Post a Comment