Friday, 5 June 2015

Gempa 5.9 di Ranau...Puncak Kinabalu terjejas, pendakian dibatal

Jumaat, 5 Jun 2015

Puncak Kinabalu terjejas, pendakian dibatal

Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu hari ini berikutan gempa bumi dan gegaran yang dialami, atas sebab keselamatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan arahan itu dalam akaun Twitternya.

"Batu-batu dan bongkah banyak yang jatuh akibat gegaran itu," katanya.

Pondok-pondok pendaki di Panar Laban dan Gunting Lagadan rosak teruk tetapi tiada laporan mengenai kecederaan.

 "Yang menyedihkan ikon Telinga Keldai di gunung itu turut rosak teruk, (kami) menunggu pengesahan," katanya dalam Tweet itu.

Masidi berkata para penyelamat dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu kerana terdapat laporan mengatakan ada pendaki yeng terkandas dan cedera berhampiran gunung itu.

Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda Ranau di Sabah pada pukul 7.15 pagi.

Menurut Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena