Dr Mahfodz dedah sebab golongan profesional disingkirkan

Berikut adalah wawancara Utusang dengan DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED KETIKA ditemui di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor pada Jumaat lalu.Rencana asalnya di sini
Saya sekadar mencelah memberikan komen saya dengan tinta merah dengan merujuk sumber-sumber berita yang lalu secara ringkas sahaja.
MINGGUAN: Golongan ulama ternyata menguasai sepenuhnya pemilihan Pas kali ini, apa komen Datuk?
DR. MAHFODZ: Saya secara peribadi gembira dengan keputusan tersebut kerana ia menggambarkan perwakilan memahami hasrat kepemimpinan Pas dan mahu Pas kembali kepada kepemimpinan ulama. Namun ia bukanlah bermaksud kita menolak golongan profesional. Apa yang perlu difahami selain Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dipilih, terdapat lapan orang lagi yang akan dilantik.
Gembira dengan cara kempen yang tidak beretika? Dengan kerja-kerja sabotaj terhadap pihak lawan. Melarang presiden dari dicabar. Surat tawaran pencalonan kepada Ust Ahmad Awang disorok. Syukur alhamdulillah ada org pergi ke Pejabat Agung dan tolong ambilkan. Kalau Ust Ahmad Awang tunggu surat dihantar ke alamatnya, sampai tutuplah surat tak sampai.Dengan penyingkiran golongan profesional seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Hatta , Salahuddin Ayub dan lain-lain tu dengan cara yang keji dan hamburan fitnah, kamu nak pujuk depa tu untuk mengisi 8 kekosongan dengan belas ehsan korang? Kamu ingat mereka tidak ada maruah ker? Mereka bukan manusia pelastik (pinjam istilah Mat Sabu pada penutup muktamar PAS ke-60 lalu.
Jadi kita boleh isi dengan golongan profesional, kita memerlukan gabungan golongan ulama dan profesional bagi memimpin parti. Sebenarnya, kita bukan tidak mahu golongan profesional tetapi dengan adanya lebih ramai golongan ulama ia akan memudahkan kerja Presiden untuk membuat keputusan yang menyentuh dasar parti. Sebelum ini beliau menghadapi kesukaran dalam soal tersebut.
Ya, Datuk mahukan jenis tukang angguk-angguk kan? kan? Supaya setiap apa kata presiden, itulah keputusan parti ...
Apakah keputusan kali ini juga didorong oleh perasaan kecewa perwakilan apabila melihat golongan profesional masih gagal melaksanakan agenda Islam Pas seperti yang diharapkan?
DR. MAHFODZ: Saya tidak tahu perkara itu tetapi kemenangan mereka mungkin disebabkan berkempen sedangkan golongan ulama tidak berkempen. Cuma kali ini apabila kita menyedari apa yang dilakukan oleh golongan profesional, kita tidak boleh berdiam diri. Kita akui golongan ulama melakukan kempen tetapi ia dilaksanakan secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan. Kita anggap ini pertandingan adik-beradik, mungkin kempen seumpama inilah yang memberi kesan kepada ahli Pas.

Secara bersih tanpa memburuk-burukkan lawan? Nampak sangat mohong! Cer baca di sini
Selain itu juga, apabila kita menyedari golongan ulama kurang (dalam AJK Pas Pusat) maka kita turun padang melawat kawasan-kawasan bagi membuat penjelasan. Antara penjelasan yang diberikan ialah mengenai dasar parti, peranan ulama dan matlamat Pas ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam nilai-nilai Islam. Alhamdulillah, melalui gerakan turun padang ini termasuklah oleh saya sendiri, kita pun tidak menjangka apabila pemilihan berlangsung, golongan ulama mendominasi termasuk di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Benarkah gelombang ulama yang melanda Pas sebagai tindak balas terhadap kebiadaban DAP kepada Abdul Hadi?
DR. MAHFODZ : Memanglah. Dalam ucapan di Muktamar Dewan Ulama saya kata Pas kena nilai semula tahaluf siyasi dengan DAP. Dua tahun lepas pun semasa Ijtimak Ulama di Kedah, Dewan Ulama yang ketika itu dipimpin oleh Allahyarham Datuk Harun Taib sudah membuat tuntutan yang sama. Bagaimanapun oleh kerana ketika itu digambarkan tidak ada isu berkaitan sikap DAP, semua orang attack Dewan Ulama. Justeru Dewan Ulama pun senyap tetapi hari ini, apabila DAP menghentam Abdul Hadi dan Pas, maka Dewan Ulama berasa bertanggungjawab untuk kita respon kepada DAP.
Berikutan ucapan saya itu akhirnya diwujudkan usul tergempar yang diluluskan secara sebulat suara tanpa sebarang bantahan. Tujuan kita adalah supaya DAP berhenti daripada cakap-cakap perkara itu, tutup mulut mereka sedikit. Nampaknya dalam masa dua tiga hari ini, mesej kita sudah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit.

Benarkah LGE senyap macam Dr Mahfodz kata? Nampak dia mohong lagi kan? Baca di sini
Usul tergempar agak aneh kerana mahu berada dalam pakatan pembangkang tetapi tidak mahu bekerjasama dengan DAP?
DR. MAHFODZ: Yang kita marah itu kepada DAP bukan PKR. Walaupun PKR tidak bersetuju dengan hudud tetapi tidaklah sekeras apa yang dilakukan oleh DAP sebab itulah kita merasakan masih perlu berada dalam pakatan khususnya bersama PKR. Usul ini adalah pandangan Dewan Ulama, sama ada diterima atau tidak belum tahu lagi. Tetapi saya difahamkan ia akan diluluskan tanpa bahas bagi mengelakkan provokasi kerana kalau ia dibentangkan sudah pasti akan dipersetujui dengan dikeluarkan kata-kata yang keras.

Awat hang terkejut biawak? Hang kata ia akan diluluskan tanpa bahas Awat hang dah terciritkah? Tunggu apa? Baca lagi di sini
DR. MAHFODZ: Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar Pas, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam. Kalau dengan PKR, kita boleh berunding tetapi dengan DAP mungkin tidak boleh berunding. Tetapi saya kira dengan usaha itu mudah-mudahan DAP akan sedar, kita pun ada maruah, dia pun ada pendirian sendiri, dengan adanya pendirian dan sikap Dewan Ulama ini, maka itu akan dapat mendekatkan sedikit antara ketiga-tiga parti.

Sikap Presiden yang flip-flop itulah yang buat rakan-rakan marah.Isu MB Selangor, PAS main taik tapi marahkan PKR. Isu Hudud, PAS juga yang main taik, DAP pula yang dipersalahkan.Malas nak ulas bab ni sebab dah banyak kali saya sentuh dalam entri yang lalu.
Dulu biarpun ada pertandingan Pas tidaklah berpecah, tetapi sekarang sejak mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, situasinya sudah berubah. Ada pemimpin Pas yang mempertahankan kerjasama itu lebih daripada dasar parti sendiri? Apa pandangan Datuk?
DR. MAHFODZ: Pas sudah banyak menjalinkan tahaluf siyasi dengan pelbagai parti sebelum ini. Terbaharu pada 2009, kita sudah jelaskan kepada ahli Pas ada syarat-syarat tahaluf, kalau ia tidak ditunaikan maka terbatal. Kita bertahaluf dengan DAP yang mempunyai matlamat ke Putrajaya. Oleh sebab itu matlamat mereka maka mereka mahu dasar-dasar Pas (bagi meraih sokongan), tetapi kita dalam mesyuarat AJK Pusat dan ceramah menjelaskan tahaluf ini hukumnya harus yang asalnya haram. Diharuskan kerana kita mempunyai persamaan dari segi menjatuhkan UMNO dan menentang kezaliman.
Woit! Kalau nak batalkan batalkanlah dengan rasmi.Cakap terang-terang. Kalau masih lagi on, semua keputusan mestilah ikut konsensus, jgn buat keputusan sendiri bila dah setuju masa bermesyuarat.
Namun oleh kerana terlampau ghairah mahu ke Putrajaya, mungkin ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lalai memandangkan dalam keadaan apa pun ketaatan (wa’la) mesti diberikan keutamaan kepada kepemimpinan Pas. Kita akui memang betul ada dalam kalangan pemimpin Pas yang lupa atau terlepas pandang hingga sanggup mempertahankan (pihak lain). Isu Menteri Besar Selangor contohnya, ada pemimpin Pas mendahului kepemimpinan pusat dalam membuat keputusan. Ketika itu Pas pusat belum memutuskan sama ada akan menyokong atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tetapi dua Ahli Dewan Undangan Negeri kita terus beri sokongan.
Janganlah nak mohonglah Datuk. Malas nak ulang cerita yg sama nih! Karektor Hj hadi dalam isu ini sangat memalukan.Tercatit dakam sejarah negara. Anak cucu kita baca nanti tentu geleng kepala...
0 comments:
Post a Comment