Monday, 1 June 2015

Hj Hadi dan Hudud hanya mainan Umno? Betoi ka, yang 'tolol' sahaja masih percayakan janji lunak Umno.

Selasa, 2 Jun 2015

Hj Hadi dan Hudud hanya mainan Umno.

Hj Hadi begitu yakin dapat membawa Rang Undang-Undang Persendirian  (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah  (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.

Pada 8 April, 2015 Hj Hadi begitu optimis akan diberikan laluan walhalnya dia begitu terdesak hingga berusaha untuk menemui PM Najib Razak sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada keesokannya (9 April) pada jam 10 pagi bagi membolehkan rang undang-undang persendirian yang dibawanya ke Parlimen dapat dibentangkan – tetapi tetap gagal. Waktu itu usul rang undang-undang persendirian Hj Hadi itu khabarnya berada di kedudukan ke-24… Baca di sini 



Pada sidang kali ke-2 ini, tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Baca di sini 



Dan perkhabaran terbaharu ialah – Dipertua Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia memaklumkan usul perlu dibawa oleh wakil kerajaan. Beliau juga menjelaskan sebab utama usul hudud tidak disenarai pada sidang dewan Rakyat yang lalu disebabkan dibawa oleh Presidejn PAS Datuk Seri Hadi Awang.  

Bila presiden PAS nak sedar nih? Bahawa Umno gunakan hudud untuk pecahkan Pakatan. Umno tidak pernah berhenti dan terus-menerus memainkan isu untuk melaksanakan undang-undang syariah, termasuk hudud, sehingga menimbulkan pergeseran antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Dulu bila kita beritahu Hj Hadi, Najib dan Umno tidak ikhlas, Hj Hadi jawab “Soal keikhlasan itu hanya Allah yang tahu….."

Apakah setelah dipermainkan sebegini Hj Hadi masih belum menyedari penipuan Najib dan Umno?  Saya tidak nampak sidang kali ini yang akan berakhir pada 18 Jun nanti akan menyaksikan apa yang dinamakan rang undang-undang jenayah syariyah itu berjaya dibentangkan sebagaimana jangkaan Ketua sekretariat Jawatankuasa Hudud Kelantan Datuk Takiyuddin Hasan. 



Apakah pendirian Najib sudah berubah dan akan menyokong rang undang-undang persendirian ini? Apa yang jelas kepada kita, Najib dan Umno hanya mempermainkan PAS demi kepentingan agenda mereka iaitu memecah belahkan Pakatan Rakyat. 

Hj Hadi dan kumpulannya percaya sangat dengan kenyataan Jamil Khir Baharom bahawa Putrajaya akan menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan hudud. Kita perlukan seorang presiden yang lebih bijak dan tegas dalam mencatorkan hala tuju parti dan dalam membuat keputusan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dengan angkuh pernah berkata kerajaan negeri tidak perlukan restu PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud ….. kini bagaimana? 

DAP dan PKR hanya mampu membantah tetapi mereka tidak mampu menghalangnya. Yang menghalang hudud dari terlaksana ialah Najib dan Umno. Mereka yang tolol sahaja yang masih percayakan janji lunak Umno. 

Walau apa pun pokok persoalan sebenarnya ialah Hj Hadi sendiri telah mengelirukan kita semua dengan isu hudud ini dengan tujuan hanya untuk memomokan orang bukan Islam terutamanya DAP supaya Pakatan Rakyat berkecamuk dan berpecah mengikut kehendak Umno/BN.

Apa yang jelas ialah Hj Hadi BUKAN BENTANGKAN DRAF PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen. Presiden PAS itu cuma membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.Sila Baca seterusnya  di sini


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena