Ahli agama gemar guna kuasa tangani perbezaan pendapat
Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Hussin berkata perkara yang sama berlaku dalam ulama PAS yang menekankan konsep taat setia kepada pemimpin (wala') dalam parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Jun, 2015.
Jabatan agama Islam dan sesetengah ulama di negara ini lebih gemar menggunakan kuasa mereka berbanding mengadakan perdebatan yang sihat dalam menghadapi perbezaan pendapat, kata bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Hussin.
Ia termasuk apa yang berlaku di kalangan ulama PAS, katanya, yang sering kali menekankan kepada konsep wala', yang bermaksud taat setia kepada pemimpin, dalam parti mereka.
"Jabatan agama Islam lebih suka hukuman dari kepakaran ilmu untuk berdepan dengan perbezaan. Sedangkan nabi meraikan perbezaan.
"Berbeza dengan jabatan agama, mereka gunakan kekuasaan untuk membodohkan Malaysia. Islam datang bukan untuk bodohkan orang, tetapi untuk bagi orang cerdik.
"Tetapi, jabatan agama Islam guna kekuasaan semata-mata, tanpa berdebat ilmu," katanya pada satu forum dan majlis pelancaran bukunya di Kuala Lumpur malam tadi.
0 comments:
Post a Comment