Monday 1 June 2015

UAA Yakin Tumpaskan Hadi - Utusan...

Isnin, 1 Jun 2015




Ahmad Yakin Tumpaskan Hadi Awang


Ahmad Yakin Tumpaskan Hadi Awang
Calon Presiden Pas, Ahmad Awang, yakin beliau mampu mengalahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pemilihan parti itu bermula Khamis ini selepas mendakwa sokongan perwakilan terhadapnya semakin membesar.
Bekas Naib Presiden Pas yang dipercayai mendapat sokongan padu daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta kelompok Anwarinas dalam parti itu berkata, keputusannya mencabar Abdul Hadi tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
“Saya bertanding atas padang yang tidak rata dan gendangnya pun lain-lain, sebab apa? Mungkin ada campur tangan, ada permainan politik untuk memastikan kempen saya berdepan kesukaran tetapi sekarang ini sokongan makin kuat.
“Melihat kepada gerak kerja jentera, saya yakin boleh mengalahkan beliau dan perkara itu boleh dicapai, bukannya sesuatu yang sia-sia,” katanya dalam forum ‘Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015’ di sini malam semalam.
Dalam pada itu ketika diajukan soalan oleh penyokong Pas yang hadir, Ahmad berkata, sekiranya menang beliau akan memperbaiki segala keburukan parti dengan keutamaan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dengan pakatan.
Katanya, Pas kini berada dalam keadaan tidak menentu kerana Abdul Hadi gagal menghormati keputusan yang dibuat hasil mesyuarat dalam pimpinan pakatan, sebaliknya Presiden Pas itu bertindak memimpin parti dengan ‘kepala sendiri’.
Ahmad dalam perkembangan yang sama juga mendakwa, perbuatan memfitnah kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Pas dan keadaan menjadi semakin tidak terkawal menjelang pemilihan dalam muktamar kali ini.
“Mereka melakukan pembunuhan watak terhadap saya kerana mereka tidak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam. Saya jelaskan semuanya kepada ahli akar umbi dan perwakilan mengenai perjuangan saya.
“Jadi, modal yang mereka ada sekarang cuma melakukan pembunuh karektor. Dulu orang UMNO yang fitnah tetapi sekarang ini, orang Pas pula,” dakwanya.
Utusan

POSTED BY 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena