Friday, 12 June 2015

[Video] Perak (Umno) dan Kelantan jalin kerjasama? PAS Yakin Umno Tidak Akan Kencing Lagi...

Sabtu, 13 Jun 2015


Tahniah kepada Setiuasaha Agong PAS yang baru

Mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pertama selepas muktamar yang menyaksikan golongan profesional disingkirkan daripada parti Islam itu memutuskan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dilantik menjadi setiausaha agung baharu menggantikan Datuk Mustafa Ali, kata sumber. 

Tahniah diucapkan atas perlantikan nya sebagai Setiusaha Agong PAS yang baru, oleh pendokong kumpulan yang kononnya lebih islamik setelah berjaya menyingkirkan kalangan yang ditohmah dengan pelbagai label seperti Munafiq haraki, Bapak Anjing, Sekularis , Liberal, Parasit .....

Selamat menjalankan tugas. 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 9:00 a.m. 


Hudud - PAS Yakin Umno Tidak Akan Kencing Lagi


KOTA BAHRU - Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata,  berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan  kerajaan  akan membenarkan  usul itu  dibentangkan. 

“Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga. 

“Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini  akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena