Monday, 1 September 2014

[Video] Unit Amal PAS berdepan tindakan sama PPS - Zahid Hamidi

Isnin, 1 September 2014



Zahid: Unit Amal PAS berdepan tindakan sama

  
Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama.

Malah, Ahmad Zahid berkata, beliau turut menerima laporan yang mendakwa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

"Ada di kalangan PPS ini saya dapat laporan, mereka pukul orang, mereka melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan. Seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya.

Posted by Kedah Lanie 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena