Sunday 2 August 2015

Bersih 4.0 akan teruskan demo 29 Ogos! Walaupun berlaku beberapa tangkapan di perhimpunan #TangkapNajib

Ahad, 2 Ogos 2015
#TangkapNajib: Aktivis ditahan polis

Auntie Bersih - wanita warga emas yang dikenali ramai dalam kebanyakan perhimpunan - atau nama sebenarnya Anne Ooi, adalah antara penunjuk perasaan ditahan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Turut ditahan, pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Dennis.

Seorang lagi peserta ditahan kerana didakwa melontar mercun ke arah pihak berkuasa.

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen berkata, dia terkejut kerana polis memulakan penahanan sebelum perhimpunan bermula.

Pada jam 1.30 petang, hampir 100 anggota polis dikerah bertugas di kawasan pusat beli-belah Sogo yang menjadi pusat perhimpunan berkenaan.

Turut dilihat, tiga trak dan sebuah van polis - biasanya digunakan untuk mengangkut tahanan - diletakkan di depan kompleks berkenaan.

Pagi tadi polis menyatakan akan bertindak terhadap penganjur serta peserta perhimpunan #TangkapNajib.

Antara individu ditahan polis ialah aktivis anak muda Adam Adli Abdul Halim, Mandeep Singh dan Shukri Abd Razab.

Seorang lagi aktivis Hishammuddin Rais turut ditahan tengah hari tadi.

Menurut Hishamuddin, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wang.

Himpunan #TangkapNajib dianjurkan oleh kumpulan Demi Malaysia bagi mendesak perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap kerana didakwa terbabit dalam rasuah serta salah guna kuasa.

Turut hadir, Adun Teja, Chang Lih Kang, dan Simpang Pulai, Tan Kar Hing. -mk
Posted By 

Bersih 2.0 akan teruskan demo 29 Ogos!

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Walaupun berlaku beberapa tangkapan di perhimpunan #TangkapNajib di bandar petang ini, Bersih 2.0 berkata ia akan meneruskan rancangan sendiri untuk protes besar-besaran akhir bulan ini .
Dalam satu kenyataan, pemantau pemilihan tersebut berkata penggunaan kekerasan oleh pihak polis pada hari ini ke atas penunjuk perasaan #TangkapNajib tidak akan menakutkan rakyat Malaysia yang lain daripada menghadiri perhimpunan 29 Ogos yang digelar "Bersih 4.0" yang dijangka berlangsung selama dua hari.

 "Sikap kerajaan hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa mereka kini semakin terdesak untuk menutup mulut mereka yang berani berkata benar pada salah laku mereka, terutama perkara-perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akaun peribadi Perdana Menteri.

 "Bersih 2.0 menjemput semua rakyat Malaysia untuk membuka minda mereka dan melihat sendiri tindakan yang bengkok kerajaan untuk mendiamkan mereka yang berani bersuara dan melawan.

 Petang ini, dilaporkan 28 aktivis dan wakil rakyat pembangkang ditahan dari pusat bandar ke atas penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapNajib, yang diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa semalam .


Para peserta ditangkap selepas berlaku pergelutan ringkas, selepas mereka berkeras meneruskan perhimpunan walaupun amaran telah diberi oleh pihak polis.  Bersih 2.0 berkata, penangkapan itu membuktikan bahawa hak individu untuk bersuara dan berhimpun tidak lagi wujud di Malaysia.  

Kumpulan itu menuntut supaya pihak berkuasa segera melepaskan mereka yang ditahan, dan begitu juga mengutuk perintah reman terhadap beberapa yang lain sebelum ini, termasuk aktivis Adam Adli, Ahmad Syukri Rezab dan Mandeep Karpal Singh. 

Bersih 2.0 sebelum minggu ini mengumumkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan bermalam di pusat bandar dan juga di Kuching dan Kota Kinabalu untuk menuntut peletakan jawatan awal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas cara beliau mengendalikan kontroversi 1MDB itu.    

Najib dikritik berat awal minggu ini apabila beliau mengumumkan rombakan Kabinet yang melihat semua mereka yang mengkritik cara beliau mengendalikan isu 1MDB dipecat daripada kerajaan. ~ sumber

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena