Monday 10 August 2015

GHB & Hudud - Bagi menjawab fitnah! Masalahnya Hadi tidak menghadiri mesyuarat tertinggi PR selama 6 bulan berturut-turut.

Selasa, 11 Ogos 2015
Posted By 

GHB : Kaedah merialisasikan HUDUD menurut waqi' dibumi Malaysia

GHB & Hudud.

Kami GAM HB Pahang tidak sesekali menolak hudud. Bahkan 'tilka hududdullah' huruf ta didalam ayat tersebut kami tidak menolaknya. Kerana ianya adalah dari kalam Allah, kata kata Allah, perintah Allah.

Tetapi kami menolak PERLAKSANAAN HUDUD yang diselewengkan, kerana menurut waqi' di bumi Malaysia, perlaksanaan hudud memerlukan 3 kaedah iaitu

1. Demokrasi
2. Perlembagaan
3. Konsultasi

Ketiga tiga kaedah tersebut berpaksi kepada demokrasi.

Demokrasi.

Untuk melaksanakan hudud memerlukan persetujuan undi 2/3 undi ahli sidang parlimen didalam Dewan Parlimen Malaysia. Tidak kira yang mengundi itu ahli dewan parlimen negara yang berbangsa Cina, India, Iban, Kadazan dll. Kerana proses ini termaktub didalam perlembagaan negara Malaysia yang dicipta oleh Lord Reid.

Perlembagaan.

Didalam perlembagaan, setiap undang2 memerlukan cadangan dari salah seorang ahli sidang Dewan Parlimen negara. Tidak kira yang berbangsa Cina, India, Iban, Kadazan dll. Kemudian Proses demokrasi akan dijalankan dan juga memerlukan persetujuan undi dari 2/3 ahli sidang dewan Parlimen Malaysia. Kemudian akan dikaji pula oleh Ketua Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara itu sendiri. Bahkan jika pencadang mencadangkan agar perlembagaan digubal, ianya juga sah disisi undang2 !

Konsultasi.

Didalam memerlukan persetujuan 2/3 ahli sidang dewan negara, kita memerlukan sokongan ahli sidang yang bukan islam dan melayu, oleh itu kita harus berkonsultasi (perbincangan, penerangan,kata sepakat). Demi untuk mencapai kata sepakat, perbincangan boleh dibuat dengan apa cara sekalipun. Kemudian salah seorang ahli sidang Dewan Parlimen Negara akan memberikan cadangan RUU HUDUD, dan akan dipersetujui oleh 2/3 ahli sidang dewan.

*Konsultasi adalah kaedah yang gagal dilaksanakan oleh PAS, pada mesyuarat mencapai kata sepakat berkaitan perlaksanaan hudud, Datuk Seri Presiden PAS sendiri menjawab kepada media bahawa ikut beliau mahu hadir ataupun tidak mesyuarat tersebut. 

*Bahkan dalam mesyuarat2 tertinggi Pakatan Rakyat sebelum itu Datuk Seri Presiden PAS tidak menghadirkan diri, telah didedahkan oleh salah seorang ahli mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat bahawa Datuk Seri Presiden PAS tidak menghadiri mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat selama 6 bulan berturut turut.

*Catatan adalah bagi menjawab fitnah.

10 Ogos 15
2124 hrs
Omar Tuah

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena