Saturday 8 August 2015

Tawaran Perundingan PAS-GHB? Makin bercelarulah Pas neh! Nak bersama Pakatan tetapi nak tanding lawan DAP...Mane mau nye!

Sabtu, 8 Ogos 2015

Tawaran Perundingan PAS-GHB Terbuka Demi Halang BN. GHB Sila Sambut!




WEBLOG Ibnu Hasyim menganggap, kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus berharap agar pemimpin parti itu yang berhasrat bergerak bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) membatalkan hasrat mereka dan terus kekal bersama parti Islam itu, adalah suatu tawaran perdamaian antara sesama parti buat masa ini. 

Menurut The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, sebarang perpecahan tidak menguntungkan PAS mahupun GHB apabila ia bergerak sebagai sebuah parti kelak. Sebaliknya kata beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa akibat perpecahan itu.

comments:

Anonymous said...
Untuk masa kini rasanya kurang sesuai untuk GHB menyambut ajakan Pas untuk perundingan seolah2damai antara 2 kelompok.sebab ,luka peminmin GHB masih bedrdarah oleh itu biarkan masa yang menentukan akan ada jalan untuk bersama berjuanag ,Biarkan Peminpin ulamak Pas bertengan dahulu ,buang serban atas kepala agar oksijen bersih mneyerap di dalam kepala agar pemikiran masing2 tenang keran sekarang otak ulamak Pas masih berserabut ,tak tahu mana kaedah yang betul ,SekiraayGHB terus mnereima ajakan Pas ,GH akan tahu apa akibat yang akan berlaku pada parti harapan ini dengan tidakan oleh penyokongnya.hati2 dengan umpan serban dan jubah ,
Anonymous said...
Satu Cadangan yg menarik! 
Kenapa datang dari TITM! 
Kenapa tidak melalui AGM! 
Bagaimana President? 
Bagaimana Mursydul Am? 
Bagaimana Dr.Zuhdi,
Bagaimana Mohktar snake?
Bagaimana group-group yg mengeBOOOO,
Bagaimana group-group yg bersusah payah membuat document2 agent yahudi,LGB,agent DAP,liberal,kominis,jebon,harakiri dan belbagai lagi.
Bagaimana DUPP dan AJK2 lain dan ahli-ahli yg fanatik terutamanya dari Terengganu.

Makin Bercelaru... Nak Bersama Pakatan Tetapi Nak Tanding Lawan DAP

PAS seru cari formula baru satukan pembangkang 

PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. 

PAS telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan DAP pada 11 Julai, dan secara rasmi juga menguburkan Pakatan Rakyat.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

"Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan. 



Calon DHPP diletak di kawasan ditandingi DAP

Berucap sebelum itu katanya PAS akan menampilkan lebih ramai calon kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya juga calon daripada DHPP kemungkinan besar akan diletak di kawasan yang ditandingi DAP bagi memberi pilihan kepada pengundi.

“Kita memberi pilihan kepada pengundi Islam yang tidak berminat kepada DAP. Kita akan buat analisa lanjut mengenainya,” kata beliau.

Pada program itu Tuan Ibrahim dan Ustaz Ahmad menyampaikan sijil keahlian baru PAS kepada beberapa kawasan di Kelantan. 
-HD


ULASAN GB

Makin bercelaru kini pendirian PAS. Sekejap suruh kuatkan pembangkang, sekejap lain pula berpendirian nak letak calon DHPP dimana DAP bertanding. 

Nakhoda kedua PAS (Tuan Ibrahim) kini keluarkan banyak kenyataan. Tiba-tiba didapati ada kenyataannya terpaksa diperbetulkan apabila ianya tidak selari dan tidak seiring dengan kehendak nakhoda 1 (Haji Hadi Awang) bersama penasihatnya (Mustafa Ali). 

Justeru itu terpaksa lakukan u-turn supaya tidak terkena tuduhan "jebon baru" dalam barisan kepimpinan PAS sedia ada. 

Slogan "Istiqamah Sehingga Kemenangan" tidak dapat dipertahankan. Malah dari awal lagi apabila PAS bertindak memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP bukti jelas PAS gagal beristiqamah. 

Yang ada cuma lemparan tuduhan dan caci maki terhadap DAP. DAP anti-hudud katanya. Menyamai dan mengikut rentak dan irama dari UMNO. 

Tetapi PAS tidak berani pula nak menyanggah 'fatwa" Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud

COMMENTS:






Anonymous said...
Formula nya? Lawan PKR, lawan DAP......bagi peluang kat Najib & BN rembat habis habisan khazanah negara, itu lah formulanya! Selagi konco2 hadi dan arun ada sorry lah TITM.........lu pun sama!
Anti Fitnah said...
Sekarang fahamlah aku akan kata-kata Naib Presiden PAS, Nik Amar bahawa PAS menyertai Pilihan Raya bukan untuk menang. Puak ini hanya ingin bertindak sebagai "kacau daun" dengan harapan BN akan terus memerintah. Puak ini memang bercita-cita memecahkan undi Pakatan agar ianya memberi kelebihan kepada BN.
Memang celaru minda PAS kini. Lain yang diucapkan, Lain pulak yang dilakukannya.
Kenapa begitu benci dgn DAP ni? Beza antara UMNO dengan DAP ialah Islam dan Bukan Islam sahaja. Kalau nak lihat pada perilaku, DAP lebih mulia daripada UMNO.
DAP tidak pernah membunuh umat Islam sedangkan UMNO telah membunuh begitu ramai umat Islam di Memali.
DAP tidak pernah merogol umat Islam sedangkan UMNO telah memperkosakan bangsanya sendiri.
DAP tidak pernah menipu umat Islam sedangakan selama ini UMNO yang melakukannya.
DAP tidak pernah mengkhianati Melayu dengan mempergunakan undang-undang negara sedangkan UMNO dok berbuat sedemikian.
Banyak lagi dah ...
Adakah PAS ni buta mata dan buta hati? Semasa LGE mempertahankan maruah anak gadis Melayu sehingga dipenjarakan, di manakah kamu? Pernahkah ceramah agama begitu bebas di PP di zaman BN memerintah berbanding dengan DAP sekarang ni? .... Penat bercakap dengan orang ...
Anonymous said...
TITM.. Pas bukan agama... Pas cuma medium.. medium yang TITM pijak sekarang sangat lah kering dan kontang, zat2 nya hancur dengan racun.. kalau TITM mampu membaja seorang diri, bajalah dengan sabar.. kalau tidak mampu cari lah tanah lain dan sama samalah kita baja dan suburkan.. jangan pula terbawa racun..

Posted By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena