Bersih4 : Panas...‘Tangkaplah’, Kata Dr Mahathir Kepada Polis

"Itu hak dia orang...tangkaplah, apa nak kerjasama pula," katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Subang, Selangor.
Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut sekitar hampir 100 penyokongnya sejurus beliau tiba dari Republik Czezh sekitar jam 11.15 pagi.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau akan memberi kerjasama sekiranya dipanggil polis untuk disoal siasat.
"Saya baca di surat khabar, sudah tentu saya akan pergi (ke balai polis).
"Bila polis panggil, kita kena pergi, itu caranya di Malaysia, Bila polis panggil untuk siasatan, kita harus pergi," katanya.
Dr Mahathir juga turut bersama-sama menyanyikan lagu “We are The World” yang pernah dipopularkan Michael Jackson dengan penyokongnya.
Beliau juga berkata, demonstrasi baju merah yang dijadual berlangsung pada 16 September depan tidak perlu diteruskan.
"Demonstrasi baju merah? Tak payahlah...kuning lawan merah macam di Bangkok.
"Ini kita punya masalah, selesaikanlah sendiri," katanya merujuk kepada konflik politik di Thailand, Beliau juga dilihat enggan menerima t-shirt berwarna merah yang diserahkan penyokongnya.
Penyokong-penyokong Dr Mahathir turut dilihat memakai t-shirt berwarna merah tertera perkataan "undur Najib" yang dijual RM15 sehelai.
Turut kelihatan antara penyokong beliau yang hadir ialah Umi Hafilda Ali.DICATAT OLEH IDAMAN
0 comments:
Post a Comment