Wednesday 2 September 2015

Erk! Lompat parti HARAM...Ahli Parlimen BN sertai pembangkang hukumnya HALAL: Dewan Pemuda Pas

Rabu, 2 September 2015
Hujjah Ust Din Tantawi pada 2010 yang menghalalkan Wakil Rakyat lompat parti

"Kalau daripada BN hendak masuk pembangkang adalah halal kerana berhijrah untuk kebaikan (ibid)" makanya lompat parti dari PAS ke Parti Amanah Negara pun tentu halal jugak pasai itulah juga tujuan wakil rakyat PAS yang berhijrah ke Parti Amahah Rakyat.

Semalam Khalid Samad tulis panjang lebar hujjah dia kenapa wakil rakyat PAS yang berhijrah ke Parti Amanah Negara tidak perlu letak jawatan.

Aku malas nak ulas keseluruhan apa yang Khalid Samad tulis yang boleh di baca di blog khalidsamad.com dalam artikel bertajuk : Persoalan Meletak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen dan Pelanggaran Bai’ah

Dalam posting ni aku cuma nak 'kuatkan' hujjah Khalid Samad tu dengan hujjah Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ust Nashrudin Tantowi pada Mac 2010 masa dia pegang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat macam yang dilaporkan oleh Berita Minggu.

Aku ada ulas panjang lebar dalam  posting lama aku bertarikh 15 Mac 2010 bertajuk: Lompat parti jadi bebas haram, lompat sertai pembangkang halal?

[lompat halal.jpg]

"Kalau daripada BN hendak masuk pembangkang adalah halal kerana berhijrah untuk kebaikan (ibid)" makanya lompat parti dari PAS ke Parti Amanah Negara pun tentu halal jugak pasai itulah juga tujuan wakil rakyat PAS yang berhijrah ke Parti Amahah Rakyat.

Macam tulisan Khalid Samad:

Kami berpandangan bahawa adalah lebih baik untuk kami berkhidmat untuk Islam dan rakyat melalui Amanah Negara. Ini adalah kerana kami akan dapat terus setia terhadap kedua-dua janji kami kepada rakyat yang atas mana rakyat mengundi kami, iaitu Islam dan tahaluf siyaasi bersama PKR dan DAP. - Ibid
Cenangau D'kari

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena